Tuesday, December 30, 2014

bila tengok gambar lama

assalamualaikum...

korang pernah tak , tengah syok scrolling Facebook korang , tiba-tiba nampak muka kengkawan lama korang?pastu , korang teringat , "eh?dulu dia ni bukan cantik cam gini ke?asal sekarang dah lawa semacam?" pastu , hati korang tergerak nak tengok balik gambar lama dia masa sekolah dulu . semata-mata nak mengingati muka lama si kawan korang yang sorang tu . mula lah bukak album masa skolah rendah dulu .. selak-selak..and now , the throwback journey...

begin.....

sebenarnya motif korang selak album lama , bukan setakat tengok gamba si kawan , tapi tengok balik kenangan lama masa dekat sekolah dulu . nak mengingati sejarah kanak-kanak korang tu . satu-persatu kau selak . tiba-tiba muncul pula gambar korang sendiri..BHAHAHAHAHA!!!masa tu kan , kau tengok muka kau suci gileeerr...tak ada JELAWAT.flawless.masa tu , ada yang tengok diri sendiri lagi gemuk kalau nak dibandingkan dengan keadaan korang sekarang ni. ada yang dari kurus,tiba-tiba sekarang dah jadi macam belon bulatnye..dan yang paling ketara...dulu korang rasa diri korang huduh tahap gaban . tapi , sekarang ni , makk aihh..lawaa gituww~(bagi yang perempuan ajelah)..yang lelaki bertambah-tambah hensem dan sado.makin naik sasa gitu..lol ..cuma , tulah . muka dah tak flawless macam dulu disebabkan hormon korang dah berubah . now , uolls dah capai tahap puberty . banyak berlaku perubahan dalam diri kau sekarang ni . kalau dulu , korang kecik . sekarang ni..dah besar rupanya..ishh ishh..memang puberty banyak mengubah korang ..

then , korang tengok pulak gamba kengkawan ribena korang . tiba-tiba sebak ehh .. *ambil tisu sekotak* . kau tenung satu persatu gambar mereka . kau belek-belek , dalam hati,'budak ni , dah besar rupanya' . kau rindu kawan-kawan kau..masa dulu,nak berkawan takdelah sesusah sekarang . like , u know , kau berkawan dengan budak-budak yang mentah mcam kau..yang tau duduk main kejar-kejar sana-sini...menangis sama-sama . kena marah sama-sama . hahaha..

aku tadi sebenarnye , bukak balik fb lama skolah aku . konon sesaja fefeeling throwback kan?hihi..kalau korang tengok gambar aku masa skolah dulu mesti tak caya...sebab apa?sebab aku sendiri tak percaya aku dah begitu matang AHAHAHHAHAHAHA!
masa ni , sukan tahunan kot.aku kena jadi maskot lebah lah konon
untuk rumah kuning
tapi,x menjadi mana pung.....T.T



fefeeling jadi bomba kot masa ni..hahahaha...aku dapat lah merasa padam api . 
panas gila pakai baju tu..tambah dengan bahang api yang tengah marak
perghhh

so i think , sampai sini je kot?haahhaa..okabai

Saturday, December 27, 2014

HAbbo

assalamualaikum ...

waahh..lama pula rasanya tidak mengemas kini blog ini .(ayat skema tahap gaban) . sebenarnya ada banyak benda aku nak update . cuma tak terajin nak menulis sebab aku sibuk dengan dunia habbo . lol . baru berjinak-jinak dalam dunia game ni kan ... kena cari hobi baru sekarang ni sementara menunggu sekolah buka . aigoo~ da nah start sekolah da? bersiap sedia kawa-kawan semua~

jadi , untuk hari ni , aku tergerak hati nak story pasal life aku kt habbo . siapa yang ada Facebook mesti tau game The Sims kan? ataupun dulu ada satu game nama iMingle(kot) . habbo ni macam imingle tu jugak . kita ada karakter yang kita boleh reka sendiri . and , kita boleh chat dengan sesiapa ja . and chat tu appear dekat screen on the spot . cuma itu lah , pening sikit . lagi-lagi kalau tengok yang pakai colour chat . ada mcam-ll kaler sampai aku sendiri rasa nak pitam . hahahaha . dekat habbo , kau boleh jadi the other side of you yang tak pernah kau tunjukkan dekat orang . contohlah kan , in reality , kau baik . but in habbo , u're naughty a little bit . kalau kau nak rasa macam mana orang hadapi dengan perangai kau yang satu lagi tu , jinak-jinakkan lah diri tu main game mcm gini . tapi seeloknya , kita jadi ja diri kita sendiri..sebab habbo tu diwujudkan untuk kenal orang lain dalam version game . aku join Habbo since 2013 (last year lah kan ) .itupun sebab ada sorang senior aku kenal kan dekat aku . lol .so at first , memang aku rasa mengarut lah habbo ni kan , lagi-ll masa masuk je , terus pening tengok chat orang sana-sini , hahaha..cuma start cuti ni ja aku mula aktif kembali dalam habbo . dan aku kenal , ramai juga orang . kenal bermacam ragam orang.

cuma dalam habbo ni , kau kena pandai bergaul aja . jadi diri sendiri . hahaha. aku pun dulu , ada masuk satu room namanya MHS nie . kat sini semua  orang malaysia . atau pun senang je nak jumpa orang malaysia . ade juga room dari negara lain . its up to you guys nak pergi mana-mana room.aku buat kawan dekat habbo . walaupun tak semua aku tegur sebab aku ni jenis tak geti nak hidupkan perbualan . lol . dan , selama dua minggu ni . hahahaha . aku masuk 'kerja' dalam habbo . dan 'boss' aku tu nasib baik lah orang malaysia semua..kalau nak cari pendapatan lebih , kerja lah.hehehe..since masuk situ , aku rasa macam aku kerja betul-betul pula (in reality) . memula tu aku memang noob lah bab-ll mohon 'kerja' ni .

kerja apa?hmm..mula-ll kena urus orang yang nak msuk kerja dekat kaunter . kena promote orang kerja kt tmpt kita .layan kerenah klien . lol . aku cakap ni macam betul-ll kerja pulak . tapi , memang betul .ni baru dalam dunia maya , belum nak hadap realiti kerja tu . tempat kerja tu aku panggil MIA..sebabkan tempat tu baru bukak , so owner dan pangkat-pangkat tinggi untuk office MIA tu on . so , aku dah kenal dah semua boss aku kt situ .first skali , aku kenal Jenol kt situ.dia nipu aku . kata dia 10 tahun . mati-matian aku gelakkan dia sebab dari cara dia bercakap tu mcm orang dewasa.rupenye,,memang betul lgi tua daripada aku.then , trainer aku,Akmal.owner Zaq,azve,akim,muhd,Leng a.k.a Syaz.hahaha..mcm kelakar pulak aku cerita pasal habbo....aku rasa kan , naik sekolah nanti , benda yang aku akan rindu ialah office MIA . orang-orang kat situ . hahaha . seriously ..

tapi , aku sarankan , dont trust people in habbo easily . sebab dia strangers . kita stranger juga . just have fun dalam habbo . cuma jangan terlampau percaya . hahahaha...okay . tu je kot . lol . nite!



nilah sebenarnye MIA !

Saturday, December 20, 2014

tawakal

assalamualaikum...

                                                             

esok ambil result lah kiranya . waaaa!! da nak ambil result ? srsly i said . pt3 memang gila . pressure sana sini . ingatkan dah habis exam boleh la tak pressure . rupanya Allah bagi ujian lagi . ujian apa ? ujian perasaan dan hati dan fizikal dan mental . rumors yang berkembang biak dekata merata tempat niee meman gbetul menguji minda dan fikiran . memang tahun ni aku rasa tahun paling banyak ujian since awal tahun .

 ada kala satu ujian tu aku mampu hadapi . tapi adakala aku sediri lemah . memang banyak laa.. haha . kalau nak list tu , memang sampai seminggu tak habis . baru-baru ni pun terima ujian lagi . dan aku hadapi dengan ..yeahh .. hadapi dengan tak terlalu mudah . tapi alhamdulillah . i stand on reality . bila kena ujian . memang , kena nangis semua bagai . but let's hold on the Holy Quran verse in surah Al-Baqarah,286 which means "Allah doesnt force anyone to do beyond what is within his capacity" . aku tak tau kenapa aku suka sangat ayat ni . yaa.. penguat semangat . kalau aku tak kuat , aku takkan diduga dengan bermacam-macam ujian kan ?

so , for the upcoming result , im trying to be as cool as I can . apa yang aku dapat , itulah yang termampu aku . you guys pun(for those yang amik pt3) . kita dah buat yang terbaik . apa yang keluar , itulah usaha kita . we still can improve it in the future . aku pun masih kurang pasti sama ada aku kuat ataupun tidak . wallahualam . kita cuma berserah dan tawakal . ini cuma baru ujian sikit , kan ? Good luck for ninerss! Army ! of course .its already 1,20 am. ahahahaa . gudnite semuaa..esok saya dh bertolak ke putrajaya . lusa baru gi maktab techenta .lol . haha . assalamualaikum

Wednesday, December 17, 2014

culik bapak

assalamualaikum....

"Yie,kenapa susah hati ni ?"

*sengih*

"nak chicken chop?jap lagi la apak beli"

apak , aku tak tau dia ada kuasa apa . hahaha aku dalam hati dah melonjak kegumbiraan dah .hahahaha . cepat betul aku cair dengan tawaran apak. apak , my man kan ?

bermulalah kisah kami dua beranak(ehekk) . dengan syarat aku nak bawak moto pulak kali ni memandangkan kedai cikencop tu kek simpang dopan yo . bukan jauh mana . tapi , sebaliknya , bapak bawak aku . dan aku bawak time dah nak balik dari kedai tu . aku memang jarang spend time dengan apak berdua dengan apak . aku memang kinda manja sikit dengan apak . i mean , normal anak perempuan bongsu manja dengan ayah dia kot . cuma , aku kurang borak-borak pasal life aku dengan apak . sebab aku segan plus weird nak cerita-cerita . hehehehe....

cuma , waktu tunggu cikencop dengan roti naan siap . aku dok ngeteh(ngeteh tu macam duduk-duduk lepak sambil minum kopi\milo tarik\teh tarik atau makan dengan seseorang dalam bahasa jawa nyee)  dengan bapak kat kedai tu . lama lah jugak . duduk , tengok kereta lalu lalang . tengok trafic light . nak tengok bintang , satu bintang pun takde . katenye malu-malu ayam nak tunjukkan diri . ceh ! tengok masyarakat gemas macam mana malam-malam . tengok askar-askar lepak dengan geng-geng dia sambil tengok berita . dan aku , dan bapak , duduk kat tempat jauh sikit dari orang sebab ramai perokok ramai dekat situ . barulah dapat hirup udara malam yang sejuk .

and the clock start tick tick tick......hailaa..lama gila ini orang bikin itu menu . tah macam mana aku dengan apak borak-borak pasal macam-macam lahh..pasal result yang nak amik minggu depan ni , pasal perkara yang aku tak pernah bincang dengan dia pun ada . ngehh ngeeh ngehh . aku sendiri pun tak sangka aku boleh borak cenggitu sekali dengan apak . aigooo~siap sempat lagi tu apak borak dengan tauke kedai waris tu . heee .

before balik aku cakap lagi nak bawak moto . tapi dia kaa tunggu dah nak sampai taman . aku dalam hati heee...rasa nak melonjak keriangan je kt situ . lol . bukan kejap kot aku bawak apak pusing-pusing taman . malam pulak tu! 'sorry mak,i curi apak kejap'. taman aku takdelah besar mana . cuma aku saja nak bawak apak jenjalan dekat kawasan taman yang baru buat sebelah taman aku tu .rumah cantik-cantik semua . tengok pun dah ramai orang duduk . alhamdulillah , takdelah sunyi sangat . bila dalam situasi tu , aku teringat pulak waktu kecik-ll , apak rajinlah bawak aku naik moto pusing taman . dari zaman duduk dekat bakul depan moto sampailah duduk belakang dia . lewl . ada sekali dulu aa , time kichi kichi , aku tak ingat sebab apa aku nangis tapi apak pujuk aku dengan bawa aku naik moto malam-ll . mase tu , muka aku habis lencun aa dengan air mata , sampai baju-baju aku semua basah sebab air mata banyak sangat . lol . and now , aku pulak bawak apak . ngeee ~ driver baru apak . lol . saje je ajak apak cuci mata tengok perumahan baru . bila aku rasa macam terlepas dari dukalara , barulah rajin nak bawa moto balik . apak pun dah sejuk . kang dikata aku dera apak pula .


sampai rumah , mak tanya ,"ayie bawak apak lari mana haa?? " . and the rest , is story.hahahahahhahaha.


*p/s : harini paling malang sebab kena sorong motor guwe sorang-sorang time balik dari kedai . walaupun takde orang time tu , tapi aku masih terasa maluuu T.T

Sunday, December 14, 2014

is this the end ?

assalamualaikum...


aku rasa , lemah semangat sekarang nie . menggigil pun ada . aku...
aku tak kuat , kalau aku demam dua tiga hari pasni , jangan tanya kenapa ek ? sebab aku dah rasa sejuk sekarang ni . tak pernah kut aku macam ni . sedihnya hidup .

aku tak berniat nak end up . aku cakap macam tu dekat kau , supaya kau tau , aku sedih sangat . aku nak tanya punca kau ingore aku . dari dulu lagi . aku takde kekuatan . kau tau sebab apa ? coz i dont want THIS RELATIONSHIP getting worst . tak , aku lansung tak marah kau . aku cuma geram . aku jadi sangat berhati-hati . nak tanya tu , tanya ni , aku rasa macam terhalang . aku selalu rasa aku ni menyusahkan kau . aku rasa aku banyak berdosa dekat kau . aku rasa macam aku ni , bawak pengaruh buruk dekat kau . aku banyak blame myself . sebab tu , aku mintak maaf , sebab aku rasa sangat bersalah . i.... i really dont want this .

deep deep deep inside my heart , aku taknak kita jadi kawan . sebab , urhhh..aku speechless lahh.. tak boleh nak cakap . aku rasa macam , kau terlepas dari satu beban bila aku baca status whatsapp kau . aku ni , membebankan kau ke ? aku ni , teruk sangat ke . jujur aku cakap , i really like you . tapi lepas baca status whatsapp kau , aku jadi , sangat terkilan . sangatt.... aku tak boleh cakap direct dengan kau . thats why , aku update blog . dont worry . this post will delete soon . aku tak rasa , dengan status sekarang ni , kita boleh berlagak biasa lagi . mungkin , setahun , aku takkan bercakap dengan kau . mungkin .

. ingat tak ? time tu dalam bas , lagu Say Something tengah main kat radio bas . and then , kau cakap 'dengar lagu ni , sebab kau suka' . since that , aku dengar lagu tu tiap-tiap hari . dan aku perasan satu lirik tu. 'You're the one that i love , and im saying goodbye ' . seriously , lepas aku dengar lagu tu, aku jadi sedih dan takut . aku takut , one day kau akan cakap macam tu dekat aku . today was , a nightmare . salah aku jugak . sebab aku sendiri , terlalu memendam . terlalu menyimpan . aku tak suka lukakan hati orang . but , you nampak happy . without me . aku ke , yang buta ? mungkin lepas ni , aku membenci kau . (duhh , tangan menggigil ) . im sorry but , aku taknak . aku taknak benci kau . tapi , aku boleh jamin kalau pasni , perasaan benci tu ada sikit . i really sorry . tapi aku harap sangat , TAK ADA . aku lansung tak jangka benda ni akan berlaku . sebab aku belum sedia . dan aku tak sedia .

tahun ni , aku hilang ramai orang yang aku sayang . and , i lost atok zainuddin , jiran yang paling peramah dengan aku . 80 days later , aku hilang isteri dia pula . both of them , aku memang sayang . dan aku rasa terkilan sampai sekarang sebab .... aku tak ada waktu diorang pergi . aku jadi sangat terkilan sebab seminggu sebelum isteri dia meninggal , aku tak sangka , tu last time aku dapat jumpa dia . lama jugak aku nak kumpul kekuatan . and then , u came . aku rasa up and better than before . then , i lost half of my brother , fiqi pindah jauh . and now , you . i lost , a part of my heart . aku tak tau apa yang kau fikir , apa yang kau rasa . cuma , aku nak cakap . aku mintak maaf . mungkin , aku ni jahat . aku ni teruk . aku akui , aku memang teruk . teruk sangat . really sorry . aku tak nak cakap 'goodbye' . sebab aku rasa , tu terlalu berat nak diucapkan . aku rasa , aku dah merepek habis . kalau kau tak suka aku ,  mungkin sebab perangai aku . i really sorry . I AM SORRY . aku tak pernah harap akhiran cita nieh macam ni . 8 month ea ? terima kasih . aku harap , miracle in december tu boleh datang esok .

aby , aku mintak maaf dekat kau . sebab , aku rasa aku rasa gelaran best buddy tu tak layak untuk aku .

Saturday, December 13, 2014

add math ! O.0

assalamualaikum ...

"weyh , add math susah laa !"
"aku rasa nak gila buat add math"
"boleh tak aku nak skip kelas add math?"


well , semua ayat di atas adalah ayat yang sering diungkapkan para pelajar menengah atas . aku selalu lah dengar senior-senior cakap cenggini lepas abis exam add math mahupun tengah study add math . dan , sebenarnye percakapan diorang sedikit sebanyak memberi impak dekat diri aku . aku jadi takut nak hadapi upper form aku yang masih kabur macam kabus tebal . aku tak berapa nampak future aku macam  mana . seriously . ada lah jugak sekali dua aku nangis sebab fikir pasal ketakutan dunia masa depan . eheheheh . mana taknya , i think , maybe next year i have to be more responsible on myself . nak berdepan cabaran yang lagi banyak . hailoo .


tapi , it is not so good kalau kita set minda yang KITA TAK BOLEH or BENDA NI SUSAH .TAK PAYAH BELAJAR . No ! u cannot think like that . jangan set minda yang kita tak boleh walaupun kita tak tau sejauh mana keupayaan kita nak hadapi sesuatu . seolah-olah kita dah dapat ramal masa depan kita gelap suatu hari nanti . aku sendiri pun , dulu selalu kata aku tak boleh buat . and , memang betul-betul aku tak boleh buat . and i felt lost , down , cry , and rase tak nak bangun dri tidur sebab takut nak hadapi realiti pun ada . haha . silly me that time . tapi suatu hari , aku terbaca satu buku ni . dia kata minda kita ada bahagian separa sedar dan sedar .let say , Abu seorang pelajar yang sangat lemah . dalam keputusan exam apa pun , dia tak pernah dapat keputusan yang baik . sampai satu masa , dia selalu conteng dekat atas kertas huruf 'A+' setiap hari . sampai berpuluh-puluh A dia tulis . sebab apa ? sebab dia nakkan A yang berderet atas keputusan SPM dia nanti . dia nak buktikan dia bukan pelajar lemah . sebab apa ? sebab dia tau dia mampu . a few months later , Alhamdulillah , when he recieved his SPM result , guess what ? He go 5A 3B 1C . it was amazing , right ? walaupun , takdelah straight A . tapi dia berjaya genggam 5A . cikgu-cikgu sendiri tak percaya dengan keputusan dia . dengan result dia tu , dia berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej yang terkenal di Malaysia .

nice story isn't it ? lepas je baca buku tu , aku trylah apply dalam diri sendiri . even tk banyak impak , tapi aku dapat rasa perubahan dalam diri aku . tukar perkataan TAK BOLEH kepada AKU BOLEH LA BEB . but , remember . over confidence pun bawak padah . over confidence sampai taknak study sebab dah rasa pandai gila nak mati . change it okay ? bukan selamanya kita di atas . sebab kau roda , aku roda . kau kat atas , aku kat bawah . aku kat atas , kau kat bawah pulak .sebab yang putarkan roda kehidupan kita adalah Allah .Dia yang berhak tentukan kehidupan kita sometimes tu , Allah nak uji kita sikit-sikit biar kita sedar diri ... nota untuk diri sendiri jugak . XD


so , for all form 3 , please beware okay ? mungkin dunia tahun depan lebih banyak cabaran . heh . tu baru cabaran sekolah . belum masuk dunia realiti yang lagilahh..ya ampun ! bukan setakat duri jer sepanjang jalan hidup nieh , clorox , racun tikus , ridsect , asid getah semua  ada . fuuhh fuhhh . takpelah . enjoy-enjoy gak . but sometimes , we have to think wider and wider . ehehehehe . so , esok , guwa balik kampung selepas berbulan tak balik Muar . tok ! wait for me ! ohohoho 

Monday, December 1, 2014

orang demam

assalamualaikum ..



                                                     
tangan aku sebenarnya terasa malas nak tulis . yelah , after the bad history of my life just came back these days , i felt so suck like hell . im actually had pressure these few back days . stress and so on . ahaha . pasal apa yang teruk sangat sampai aku rasa merana balik tu ? no need to know . ahah XD

so today , sebab ada cekgu nie demam , so lemme tell u about FEVER . okay . bagi aku , demam ni dah biasa . demam . batuk . selsema . penyakit tiga serangkai . hoho . mungkin sebab aku ada asthma since kecil , so batuk+selsema tu buat aku semput . sebab flu dah cover aku punya pernafasan . kahak pun sama . mak bapak aku marah giler kalau aku langgar pantang (like , eating ice-cream,air gas,benda-ll sejuk) . sebab once aku terlanggar pantang , aku terus kena penyakit tiga serangkai nieh . haha . lol . boleh kata setiap bulan lah aku hadap muka doktor yang bernama Doktor Annandan tu . tapi nasib baik doktor ni tak garang weyh..hoho . aku suka giler bila dapat 'date' dgn dia.. tambahan , bila dapat surat mc dari dia . heaven rasanya . haha ..kidding . dia dah tua , okay ? XD


yang aku ingat , setiap kali aku demam teruk , mak aku buatkan air rebusan bawang putih dan halia . lepas minum tu , kena selubung dengan selimut . tapi kalau ikutkan , cara ni tak berkesan sebab orang kata biar peluh tu keluar naturally . tak payah nak berselubung pakai berapa lapis selimut pun . aku taktau macam mana air rebusan tu berkesan , tapi memang berpeluh la lepas minum tu . release haba panas dari dalam badan kan ? hoho . ni cara tradisional . mak aku dapat petua daripada orang cina kedai herba kat pokan ni ha . to che amoi !

pengalaman demam yang paling teruk aku pernah kena sepanjang hidup aku adalah tahun nie . yeap . waktu tu , rasanya nak trial mara or lepas trial mara . tapi yang pasti , waktu tu , aku belum habis pt3 lagi . like , seriously duhh . aku rasa nyawa-nyawa ikan je kot time tu . tak pernah kot aku rasa sejuk giloss malam tu . ahah . yes , time tu waktu prep . sejuknya masyaAllah , mencucuk tulang derr~ menggigil-gigil aku dibueknyo eh ! srsly , aku takleh studi malam tu , aku peluk bantal kuat-kuat . dah makan ubat,tekap kepala dengan tuala sejuk(sumber air sejuk;coway sdn bhd) nak tidur tak boleh . kang warden lalu depan tinkap bilik , huiissshhh..tanak tanak ! slow kan kipas . but still , menggigil , cubemate aku takde time tu , ada hal kena gi tmpt kawan . aku try jalan-jalan dalam dorm , then duduk tempat balik . okaylah . sikit . aku tunggulah sampai 10.30pm . aku tak larat , terus baring and tidur.alhamdulillah..pagi esoknya , kira 85% recovered lah . alhamdulillah . well , tu yang paling teruk laa bagi aku .


so based on the entry above(ceh!) , kalau kita demam , tekap lah kepala dengan cool fever ke , takpun , letak handkerchief kecil yang kena rendam dlm air sejuk (ais), sapu seluruh badan . tu bagi lega ja . and paling penting , jangan lemah . kau kena lawan . bnykkan pergerakan boleh keluarkan peluh and haba dlm, badan . but , jangan buat kerja berat-ll pula . aok ya ? get well soon , wahai warga demam sekalian XD . night peeps !

2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...