"aku harap , bila kita dah besar , aku dapat kahwin dengan kau , Ila
aku nak jaga kau
aku nak kau jaga aku."
"Kenapa cakap macam tu dengan aku Azam?"
"Sebab aku suka kau."
"Shuhailaaaa !BANGUNNNN!"
Pap! Aduh ! sakitnyaaaa !
tangan ku mula mengusap kepala yang terhantuk lantai gara-gara terjatuh dari katil . apalah malang nasib aku pagi-pagi macam ni dengar jeritan Puan Ibu ni . Aku cuba berdiri sambil mengimbangi diri aku yang tak berapa nak stabil dek hentakan tadi . nasib baik lah aku tak amensia . aishh !
"Shuuu !! Da bangun belum ? matahari dah dok tercacak atas kepala tak bangun-bangun lagi ? karang meraung suami kang dapat bini bangun lambat ni . cepat siap ! kejap lagi ikut Ibu pergi Tesco." laungan suara Ibu dari arah bawah menyedarkan aku dari mamai . matahari ? tercacak ? aduhh ! pukul berapa ni ?
cepat-cepat aku mengambil telefon di tepi katil . 'Allahu ! dah pukul 11? Ibuuuuu ! kenapa tak kejut Acikk ! haaaaa . Acik tak Subuh lagi ni . aisshhh.' langkah dipercepatkan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu.
usai solat , aku segera mencapai tuala untuk mandi . sepuluh minit kemudian , aku duduk di tepi katil memikirkan kembali mimpi yang buat aku sampai jatuh dari katil . heh ? mimpi pun boleh jatuh dari katil . mendelah kau ni Ila . Lampi .
aku mimpi apa ek ? lupa dahh ..
tik tik tik . 'Sebab aku suka kau' .
Got it !
aduhh ! mimpi Azam lagi ? minggu lepas dah mimpi , hari ni mimpi lagi . ada petanda ke ? hati aku mula lah rasa tak sedap . kalau mengikut perkiraan , dalam masa dua bulan ni , dekat 4 kali jugak aku mimpi pasal dia .
hmmm . abaikan . makin difikir , makin serabut . entah si Azam ingat lagi ke tidak dekat aku . Entah . Dia ingat lagi tak janji tu . Janji nak jaga aku . Aku tersenyum nipis . senyum ada makna tersirat sebenarnya .
mengingat kembali janji Azam sewaktu baru darjah 6 . waktu tu , aku dengan dia ibarat adik-beradik dah . rumah sebelah-sebelah . teman sepermainan . satu sekolah . satu kelas . keluarga aku dengan dia pun rapat . aku membesar sama-sama dengan dia . cuma dia , kawan yang aku ada . cuma dia , aku boleh jadi diri sendiri . itu kehebatan Azam .
Tapi , bila dia kata dia nak kahwin dengan aku , fikir balik , macam tak logik lah kan . sebab masa tu aku tau dia punyalah suka dengan si Fashila budak model tu . sampai kalau boleh , setiap hari suruh aku teman dia lalu depan rumah si Shila tu . nak harap dia suka kat aku , memang taklah . bukan lah aku tak cantik . aku ni , perempuan ganas , benci pada lelaki . bukan jenis perempuan yang suka tergedik-gedik depan jantan . dan Azam tau pasal tu . aku tomboy . Serius .
lepas dia bagitahu tu , esoknya sebenarnya dia pindah . tapi , dia rajin hantar surat kat aku . dan aku rajin balas surat-surat dia . maklum lah . masa tu , kitorang tak main lagi Whatsapp , Facebook dan sebagainya . aku dulu budak kampung . jauh dari kepesatan bandar . Azam kena pindah bandar . ayah dia kena pindah sana . bila dia tak ada , aku rasa lifeless tahap gaban . nasib baik dapat juga berhubung walaupun dengan surat .
Sedih . tapi , life must go on , kan? kebetulan aku dapat masuk asrama . Asrama apa ? asrama harian je . aku bukan stok-stok budak pandai . masuk asrama biasa je . semata-mata taknak hidup dalam kenangan Azam . biarlah aku tinggalkan kenangan Azam dekat rumah . Aku taknak terlampau rindu dekat Azam . nanti , makin lifeless lah aku . siapa tak sedih , kawan sehidup semati kau jauh dari kau ? at least , aku duduk jauh dari rumah , tak adalah aku asyik memikirkan si Azam .
aku teruskan hidup macam gadis-gadis biasa . belajar , cari kawan , semua dapat . tapi satu , aku makin jarang dapat surat daripada Azam . dan makin lama , makin tiada . ahhh ! mungkin , dia dah lupakan aku barangkali . jauh dalam hati , aku memang dah mula buka hati untuk seorang lelaki . cuma , ruangan tu terlalu sempit sampai aku sendiri menolak kenyataan . jahat kan aku ?
biarlah . aku dah agak dah , janji dia cuma janji monyet . janji palsu . janji tak matang . dan cerita Azam , dah hilang sejak 9 tahun lepas . aku kubur kan , dalam-dalam . Tapi , aku mengharapkan , Azam mampu datang kembali dan gali semula kubur cerita dia . dan tunaikan janji dia . sebab aku dah mula suka dia sebenarnya . dari dulu sampai sekarang .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ibu , kenapa tiba-tiba beli barang dapur banyak sangat ni , bu ? ada kenduri ke bu ? kenduri apa,bu?Raya lagi lah,Ibu . beli awal-awal nanti barang dah tak fresh," celoteh pula mulut aku hari ni dengan Ibu .
Ibu berhenti berjalan . aku pun terikut Ibu .
Lirikan hujung mata Ibu macam menggerunkan .
"Acik ikut ajelah Ibu . tengahari esok ada orang nak datang rumah . kenalah ibu masak sedap-sedap. lagipun , yang datang kawan lama ibu."
OOOoooooooohhhh . patutlah .
"tapi kan,Bu . siapa kawan Ibu tu ? macam istimewa sangat je . Acik kenal je semua kawan Ibu .Cik Zarah ke bu ? ke Cik Tipah ? ke Cik Zabedah ?mana satu,Bu?" aura
"kamu nak tau , kena tolong Ibu esok masak untuk kawan Ibu . esok jangan bangun lambat . nanti esok Acik jumpalah kawan ibu," senyuman kecil terbit di wajah ibu ."Ibu rasa Acik kenal kut kawan Ibu tu."
"Siapa,Bu?"
"Adalah.Kawan Ibu lah.dah cepat tolong Ibu masukkan barang ni adoiiii . Ibu mana larat angkat barang banyak-banyak ni haa ."segera aku membantu Ibu memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta . tak cukup bonet , tempat duduk belakang sekali jadi tempat letak barang . Sah , Ibu nak buat kenduri .
aku lihat Ibu masuk ke dalam perut kereta dengan pantas . Aku tersengih sendirian .Ibu,Ibu , pandai tukar topik .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku membelek telefon . jam menunjukkan pukul 9.43 malam . rasa mengantuk tak kunjung tiba . Aneh . biasa waktu macam ni aku dah mula dah terlentok atas katil . Ini semua gara-gara memikirkan tentang kawan Ibu yang nak datang esok . Bila tanya Ibu , Ibu sengih memanjang . ditanya samada nak buat kenduri atau tak , Ibu diam sahaja . kalau kawan ibu nak datang , kenapa gaya ibu macam beria sangat nak masak esok ni ? sebelum ni pun , kalau kawan-kawan ibu datang rumah pun , paling-paling ibu buatkan lauk asam pedas je . tu pun tak banyak . kebanyakkan kawan-kawan ibu memang suka lauk asam pedas buatan Ibu . sedap sangat katanya . tapi bila tengok senarai barang yang ibu beli , macam lebih daripada asam pedas je .siap ada tepung segala bagai .
masak sakan habis .
tak apa . kita tunggu esok . pintu bilik diketuk dari luar ."Acik , ibu ni ." . "Masuk lah,bu ".
"Acik , esok pakai baju lawa-lawa sikit tau . esok tetamu istimewa . ingat . pakai cantik-cantik , tau ? "
"tapi,bu.. kan........"
"ingat cakap Ibu tau ?goodnight Acik . jangan tidur lewat."terus ditutup pintu bilik . tak sempat aku nak habiskan ayat .
something wrong somewhere . serius .
masa ! cepatlah berlalu !~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cermin pun dah naik muak kut rasanya tengok aku asyik berdiri depan dia je . bayangkan dah dekat satui jam lebih aku diri depan cermin semata-mata nak tengok okay ke tak baju yang aku pakai . nak ikutkan , aku cuma paka baju kurung kuning pastel je . dengan tudung coklat . ada manik-manik sikit atas kepala . simple sangat je rasa .
yang aku tau , tetamu baru sampai . cuma aku tak kenal siapa . ada dua lelaki , dua perempuan .
okay Ila , let's show your face infront of them . aku jalan turun tangga perlahan-lahan . entah kenapa aku rasa cuak plus takut sangat sekarang ni . menapak dan terus menapak turun ke bawah .
aku rasa ligamen antara lutut aku mula rapuh sekarang ni . bila tengok muka seorang ibu tua yang aku sangat kenal , serta suami dia . dan anak perempuan dia . dan seorang lelaki yang segak berbaju kemeja kotak-kotak biru .
Azam . aku yakin tu dia . walaupun dia dah nampak lain sangat . aku tatap mata dia . hantar mesej mengatakan betul ke tu dia . dan dia senyum . Rindu sangat . Marah sangat . Gembira sangat . Benci ? sifar . kalau bukan sebab dia lelaki , aku dah lama peluk dia . nak siat-siat dia pun ada . dia , dah makin tinggi , makin berisi dari dulu . muka tak payah cerita . cuma , mata dia . dan senyuman dia . masih sama . dia je senyum . aku ? speechless tahap gaban .
"Acik ? asal tercegat dekat situ ? kut ye pun dah lama tak jumpa , pergilah salam dulu Cik Asilah tu". terkejut aku . punya gelabah aku berjalan terus jumpa Cik Asilah . and Azani pun dah besar dah . sejuk gila tangan aku . "Apa khabar, cik ? lama tak jumpa ,"mulutku ramah menyapa ibu Azam . "Cik sihat je . alhamdulillah . makin cantik kamu Ila cik tengok ."
mula lah aku . tersipu-sipu malu . "jemput lah duduk dulu cik , pakcik , Azani , errr , Azam . duduk lah dulu ".
aku baru nak berlalu ke dapur , tiba-tiba tangan aku ditarik perlahan oleh ibu ke arah sofa . menandakan aku harus sertai mereka . masing-masing mengambil tempat . dan aku mula rasa janggal . dan awkward . sebab nya , aku sekarang tengah duduk depan Azam . aisehh ! ada dua tempat duduk kosong kat depan aku juga dia nak duduk . sabar Ila sabar.
dah macam perbincangan serius pula aku rasa sekarang ni . adeh . butterflies in my stomach . lansung tak berani nak angkat muka . Ibu borak-borak dengan Ibu Azam . memang sakan gila . masing-masing besuara . Azam pun adalah bersuara juga bila ditanya ibu itu ini . berdasarkan pertanyaan ibu , baru dapat tau dia baru habis belajar dekat UK . diam-diam kau ye,Zam . sampai hati . suara dia pun , dah berubah . hahahaha
apelah kau ni , Ila . dia lelaki . dah besar . memang lah suara berubah .
tiba-tiba , ayah Azam , Encik Syah memulakan perbualan kami sekeluarga .
"Rasanya Encik Bakhtiar dan Puan Saleha pun dah tau tujuan kami datang ke mari . dah lama kita tak berjumpa macam ni . rasa lain pula sekarang , dulu tengok Shuhaila kecil je . sekarang dah cantik orangnya ."
"tak perlu formal sangat Man . nanti makin kekok pula budak-budak ni . alhamdulillah . rezeki kita dapat jumpa lagi hari ni , kan . eh , jom lah kita makan dulu . lepas makan baru boleh borak lebih-lebih ," pelawa ayah .
and 30 minutes later.... ibu suruh aku hantar air dekat Azam . kebetulan dia duduk sorang diri je kat luar tu duduk dekat beranda luar ."pergilah borak dengan Azam tu . Ibu tau kamu rindu dia. pi sana pi sana ."
masalahnya . macam mana nak nak bercakap dengan dia sekarang ni ? duhh . okay . keep moving Ila . buat biasa je .hantar dan pergi dapur balik . sampai kt beranda . aku nampak Azam tengah termenung jauh . seorang diri .
"ehem . err...nah .. air."
"thanks ." senyuman nipis diberikan kepadaku . begitu juga aku . baru sahaja setapak melangkah kaki ke belakang nama aku diseru .
"Ila , duduk lah sini dulu . aku nak borak dengan kau." bagai lembu dicucuk hidung , aku ikut kata-kata dia..entah kenapa . satu minit . dua minit . sepuluh minit .
krik krik krik.
"how's life ?"
"alhamdulillah . ka tengok aku okay ni , aku okay lah ni "
"yeke ? kau tak tipu aku?aku tak okay lansung weh.asal kau boleh kata kau okay?"
"dah tu , kau nak aku buat apa ? "
suara mengeluh perlahan kedengaran di corong telinga aku . aku cuma tunduk . entah kenapa kuku aku rasa cantik pula nak ditatap waktu-waktu macam ni . baru perasan kuku aku cantik .ohohohoho.
"Ila , ada benda aku nak confess kat kau . dari dulu lagi . cuma , aku takut kau tak dapat terima kenyataan je"
"ape dia. cakap jelah ."
"Aku......Aku rindu kau . sangat . tak tipu ." pap! air mata yang dari tadi aku tahan mula menitis . sedikit . dan banyak . sampai lencun pipi aku . ayat tu . menikam jiwa .
"kenapa....baru sekarang Azam?"
dia menyepi . "aku tak tahu ."
"mana kau hilang ? kenapa surat aku kau tak balas-balas ? kau tau , aku punyalah tunggu surat kau dari dulu sampai sekarang . aku tak tau lansung kau wujud ke tak kat dunia ni . sampai aku rasa kau khianati friendship kita . sampai aku rasa nak bunuh kau je bila aku dapat jumpa kau . aku tak tipu . kalau bukan sebab ada mak ayah kau tadi , aku memang ambil pisau kat dapur cucuk perut kau sampai mati . lagi sakit hati aku tunggu kau muncul . sedih sangat , Zam . aku sedih sangat . aku... aku....uhhhh,"tangan menyeka air mata yang dari tadi laju meluncur di pipi.
"Aku minta maaf . aku tau."perlahan sungguh suara dia . hanya aku yang dengar .
"but , why? you left me for about ten years, and now , you're here suddenly . aku tau aku bukan girlfriend kau . tapi , kau tak patut buat macam ni dekat bestfriend kau.aku manusia juga.kau tak patut dah muncul dalam hidup aku sekarang ni .even , sampai sekarang , aku tak percaya yang ni kau . silly me."
aku dapat rasakan dia datang dekat dengan aku dan bersila . aku palingkan muka aku ke kanan dan kiri . semata-mata nak larikan pandangan mata aku .
"Ila , jangan menangis weh . kau menangis . aku rasa berdosa sangat dengan kau .aku minta maaf seguni daripada kau sebab tak balas semua surat kau . aku tau , aku bersalah . masa tu , aku sangat sibuk . aku masuk asrama . dan memang aku jarang ada kat rumah . lepas tu , mak ayah aku pindah rumah masa aku tak ada . and guess what ? surat kau dekat rumah lama aku semua kena buang dengan mak aku.aku marah mak aku dalam diam . sebulan lebih aku merajuk taknak balik rumah . since that , aku lost contact dengan kau . kau tau ? aku rasa seksa juga macam kau ,Ila . aku cuba cari balik alamat kau , tapi tak dapat . aku nak tanya mak ayah , aku taknak diorang tau .
Ila , dengar sini . aku , dah merantau dekat bumi UK pun , aku masih ingatkan kau Ila . aku pergi mana-mana pun , kau tetap lekat dalam kotak minda aku . aku tak boleh lansung buang kau daripada hidup aku Ila .dan sekarang , aku tak nak hilang kau lagi dah."
aku perlahan-lahan melihat mata dia . dia menangis ! dan pipi ku terasa panas kembali . "kenapa...kenapa kau cakap macam tu ,Zam ?"
senyuman manis diukir menampakkan barisan giginya yang cantik . dia menyeka air mata di hujung matanya .
"ingat janji aku dulu ? aku nak jaga kau . dan aku nak kau jaga aku"
SPEECHLESS tahap petala ke sepuluh sekarang ni . "what ?!!"
"Shuhaila , aku tak tipu . mungkin kau ingat aku ni lelaki tak guna and whtsover lah kan. tapi Shuhaila, bila aku cakap janji , aku buat Shu.i wont leave you anymore . aku datang ni , nak tunaikan janji aku dulu . aku nak kau jaga aku sampai aku mati . sumpah , aku tak tipu. jadi , terima aku sebagai hero kau sampai kau mati ? will you ?"Azam . akuuu....akuuuuu .....Ya Allah . betul ke ni ??
"Azam , kau dah tunaikan janji ."senyuman paling panjang aku hadiakan buat Azam tanda setuju .
"Alhamdulillah ! Maaa ! Azam nak kahwin Ma!!!!!!!"
and both of us were laughing all that day .....
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
-the end story of Shu&Azam-
-the MR's-