Monday, November 24, 2014

Experience :) part 1

assalamualaikum.........

finally , im homie !! ya Allah ! leganya dapat balik rumah . ngko giler tak penat . baru jadi PA sehari weyh ! actually , more to Family Assistant kot . sebab aku rasa aku banyak merantau dalam uitm tu nak cari tempat duduk dalam dewan . sambil-sambil tengokkan makcik aku yang join kitorang satu family . fuhh fuhh .

aku rasa selama seminggu ni , aku rasai banyak pengalaman bermakna . seriously , i miss band camp .nak campak balikkk masa tu ! aku kurang berminat dan kurang enjoy waktu slot konsultan tu . sebab aku dah boleh agak trick dia . jadi , tak syok . lgpun,aku tak nampak apa aim or what is the point of the slot . still dont get it till now . lol . cuma slot last tu ja yang best ,sebab gabung semua ahli . walaupun at first , tugasan suruh buat alat muzik guna barang terpakai agak mengarut (kamarul siap cari buluh konon nak buat reed clarinet.hokhokhok ) ,tapi alhamdulillah , slot tu yang berjalan lancar . adalah jugak bunyi muzik tu . lepas habis slot konsultan , gebusshhhhh !!! MAIN AIIRRRR !!!!!


kak myn paling menyerlah sekarang nih . hahahaha !
>.<


ada orang terapung dibelakang tue ~~




 sila cari makcik seorang di tengah-tengah lelaki . dia dipeluk beramai-ramai.tolong dia !!
*jgn salah faham , dia lelaki , okay ?*


seronok memang seronok , tapi sebab seronoklah , aku demam esoknya . Bagi budak yang selalu sakit macam aku ni , benda tu aku dah boleh handle sendiri . takat demam , selesema ,tu dah jadi lauk buat aku sejak kecil . kesian oboist baru tue , dia demam , aku takde ubat . maaplah yer~kali ni takde stok ubat . hehehe .

bercakap pasal pengganti Rafiqi , aku bersyukur sebab dia yang jadi penggantinye . sekurang-kurangnya , aku takdelah sedih sangat . just , sometimes , aku ade lah rasa sebak bila teringat memori dengan Piqi , dia partner gosip , tukang dengar cerita aku , jadi orang tengah , and dia faham bila aku buat lawak , good advisor . until now , eh ~bila aku kena tukar balik ke position lama ,perasaan aku 50/50 . tapi aku tolak sejauh mungkin perasaan gambira+teruja+sedih+takut semua tu.dan aku seboleh mungkin tak campurkan urusan tugasan dan pribadi.tu janji kt diri aku . for new partner kiri , good luck dalam memainkan alat baru . u need more practice . fighting ! 

bagi aku , kem ni yang paling bermakna untuk form 3 macam aku .mungkin , ni kem terakhir bagi kami . tapi aku doa ini bukan yang terakhir untuk kami . haha . korang pun sama-samalah doakan supaya semua form 3 band dan batch dapat result gempak dalam pt3 . tak payah semua keluar . bagus ! 

 . 







Wednesday, November 5, 2014

cuti yang...

assalamualaikum ...

dah lima hari aku terperuk dekat dalam rumah . atau mungkin enam . cuti ni , aku banyak spend time on laman sosial . dan Habbo . nampak game macam kuno . tapii hey ! at least kenal orang bermacam ragam . mungkin, hari-hari aku update blog . kehidupan sekolah biasa dengan sekolah asrama gila lain weyh . Jujur , aku rindu asrama . walaupun tak ada fon canggih , tak ada internet , tak ada katil empuk , tapi aku bahagia . sebab at least , aku ada kawan dekat sana . dekat rumah , entahlah , aku dah terbiasa duduk macam anak tunggal . terlalu lama hidup tak ada kawan dekat rumah . jumpa kawan cuma dekat sekolah je . kawan dengan mak dengan kawan dengan orang sebaya kita lain . kau pun rasa lain kan ? jiwa aku jiwa muda . entahlah , aku rasa bila setiap kali aku cakap dengan mak , aku rasa kosong . kadang-kadang aja . tak selalu . people never understood .haha

aku mengamalkan gaya hidup yang sangat tak sihat . bangun pagi , tengok tv sambil breakfast . petang-ll , baca buku yang ada kt rumah . kebanyakkan , buku-ll sejarah . sebab novel cintan cintun aku dah khatam dekat rumah ni . tinggal buku-ll apak je . walaupun mengantuk , tapi , setiap kali baca . dapat jugak ilmu . walaupun sikit . malam , aku on habbo . jumpa mcm2 jenis orang . lol .walaupun cuma game.

kakak pun sekarang da start kerja . bz je . susah nak contact . tapi , at least , dia telefon aku . along ? entahlah . aku selalu fikir , kalau sekarang ni aku tengah sambung belajar dekat U mana-mana , boleh jugak aku duduk dengan dorang . aku nak jaga along . lepas apa yang pernah jadi , aku cuma taknak benda tu berulang kembali . tentang apa ? biarlah rahsia . dia hidup bujang . no one can take care about him there . aku harap dia tak pernah lupakan siapa aku sebenarnya dan siapa dia sebenarnya sebagai abang untuk aku . inshaAllah dia tak lupa .

esok kot aku update lagi . nak meneruskan sesi menggemuk dulu ! haha . bye ^^

Tuesday, November 4, 2014

jasadmu pergi,jiwamu disini

assalamualaikum ..



sepatutnya entri ni dah lama aku tulis . tapi tangan aku tak rajin lah pulak nak menulis . dah lama jugak aku tak update blog ni. kesian . dah berhabuk . haha . maaflah . sebab sekarang , aku betul-betul ready nak update pasal ni . tengok gambar , mesti korang tau aku nak cakap pasal apa kan ? tapi , aku tak boleh peluk dia macam dalam gambar atas ni . sebab dia lelaki . okay . jangan salah faham . korang pun mesti ada sahabat lelaki juga kan ? macam aku .

first impression kalau kau tengok mamat ni , mesti kau ingat dia ni budak nerd gila babi . haha sorry termencarut pula . kau nampak dia biasa je . sebab dia nampak suci . and yes , DIA MEMANG SUCI . ini adalah satu pujian . aku tak pernah terfikir akan berkawan baik gila dengan dia . waktu form 1 , dia senyap je . tak macam lelaki yang lain .dia bukan jenis otak kotor ( i guess) . itu aku respect pasal dia nie . atas kepala jarang tinggalkan songkok dia . hoho . muka datang awal ke surau ( ehek .. kantoi usha,mengong aku nie) . start form 2 , kenal-kenal biasa jer . sebab waktu tu , dia saxophonist , aku clarinetist . tempat kitorang tak silap aku sebelah-sebelah je dengan dia ni . tapi , still segan-segan nak borak lagi . lagipun , ada gaps nak bezakan saxes and clarinetist punya tempat duduk . lol . waktu tu , dia selalu dapat pujian dari semua orang . and yeah , aku akui aku cemburu dengan dia . walaupun dia hanya seorang lelaki . lol . haha .

bila dia dah mula memegang oboe , waktu tu . aku jadi rapat sangat dengan dia . aku dapat rasakan chemistry between us . aku tak tahu mana wujud pertalian chemistry tu . tapi , ianya menakjubkan . sebab wujud dalam tempoh yang singkat. dalam masa lebih kurang setahun . lagipun kali ni , aku duduk betul-betul sebelah dia . jadi senang sikit communication tu . and satu chemistry yang best adalah , dia bawa virus Frozen dia sampai ke aku . lol . punya fanatik dia dengan cerita frozen sampai kitorang buat persembahan dengan dua orang members kitorang lagu Frozen yang digubah sendiri oleh dia nie.hebat punya manusia dia ni . ingat lagi , dia sanggup gubah lagu untuk 4 jenis alat muzik ; clarinet,oboe,saxophone dan flute. Wind Quartet . haha . tu nama first grup kitorang . aku rindu waktu tu . sebab time tu , aku rasa semua orang tolong aku . yelah,dalam grup tu , aku sorang je perempuan.kena berdepan dgn problem cikgu.sampai nangis aku sebab dengarnya persembahan tak jadi sebab aku perempuan dalam grup tu.sedih woi ! dan Alhamdulillah,berkat pertolongan beberapa orang , aku dapat jugak buat persembahan . haha . it was the worst and best day ever ekceli . ahha <3

aku selesa kongsi masalah dengan dia . selalu dia jadi orang tengah kalau aku nak suruh kirim salam dekat..... haha . dekat sesapa jelah . lol .sometimes , he just a music teacher to me . tapi kekadang , aku lupa gak apa dia cakap . huhu . maaf yea ~

tapi aku ingat , bila first time , dia kata dia kena pindah . aku terus , kaku . diam . blur . dan menangis . depan dia . tanpa segan silu aku pamerkan air mata depan seorang lelaki . murahnya air mata aku waktu tu .lantak pi lah . bukan kesalahan pun kalau aku nangis disebabkan sahabat aku . dalam fikiran aku cuma , ' kenapa secepat ini ?' . dan mood aku hilang .

nasib sempat buat persembahan terakhir dengan dia , cuma , aku tak duduk sebelah dia waktu hari terakhir tu , itu yang aku kesal sebenarnya . sebab posisi aku dah berubah . haha . turun pangkat =='.
dan hari terakhir tu , i cant stop crying . continued crying like a kid . thinking tht was the last day before he left the school . sampaikan aku ingat lagi kereta dia tinggalkan maktab . aku tengok . dan aku tengok muka Rais waktu tu.sedih . aku rasa apa yang dia rasa.. tapi at least , dia boleh spent time lebih dekat dorm . hoho .

waktu last day tu , aku sanggup tunggu dia dekat kafe.sempatlah jugak aku gi jogging , main squash semata-mata taknak buang masa dengan menagis.lol..tiba-tiba je , aku nampak dia keluar dri aspura dengan membawa ... TOILETRIES SAHAJA .. 'mana yang lain?kau nak pindah takkan kau bawak toiletries shj?abis tu , baju-ll kau takkan buat bundle kot?'.itulah persoalan aku . haha . subhanallah . rupanya ada satu batalion bdk lelaki follow dari belakang . everyone bawak barang dia walaupun satu barang . tu lawak ok ? katanya nak bagi pertolongan terakhir . haha

untuk sahabatku , Rafiqi Akmal . aku hadiahkan entri yang tak seberapa ini buat kau . jagalah diri kau di Boston sana . muga benteng iman kau sentiasa kukuh dan tidak terpesong . itu sahaja . ^^

                                                                                                                                                                                               


-sahabat yang merindui-

ni gambar yang sangat tak berapa nak candid sebab ada orang pecahkan belon depan kami waktu tu . lol




2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...