Sunday, February 1, 2015

dak dak jakun

assalamualaikum ...

hey gaiss ! alhamdulillah , aku baru je sampai rumah . tak adalah baru sangat sebenarnye . adalah dua tiga jam lepas . pertama kali dapat balik sendiri weh ! hahaha . lampi pulak rasa . orang lain dah selalu balik sendiri , aku baru terkedek-kedek nak balik sendiri . aku baru je dapat lesen pelepasan mak apak . kehkehkeh .takdelah , sebab apak aku cakap dulu camni , "kalau nak balik sendiri , tunggu form 4 . kalau percubaan pertama tu gagal , jangan harap nak balik sendiri" . dan sekarang , apak mengotakan janji ! yayayayy!! lol . okay , aku over-excited dan jakun sikit bab-bab buat perkara baru ni . maaflah yek?  tak kisah la orang kata aku ketinggalan zaman ke , aku noob ke apa ,  tapi aku kesah apa . yang pasti aku tak langgar pantang larang yang satu tu . huahuaa . aku anak yang baik #tolongjanganpercaya . mak aku awal-awal dah bagi warning bagai baca tu baca ni sebelum naik bas tu . deep inside kan , jujur lah perasan bagi orang baru menjinakkan diri dalam dunia balik sendiri sebenarnye excited nya Allah je tahu . sebab apa ? aku sendiri tak tahu . kehkehkeh . tapi , takut tu ada jugak kan . biasalah , aku bukan biasa sangat ni balik reramai sekali . first experience , katanyee.. lol . perasaan teruja tu , aku kawal sehabis baik tadi sebab kang orang ingat aku  pelik semacam je minah ni . kang teruja sangat , benda lain jadi kang . nauzubillah min zalik eh ? huhuhu .

so , waktu sebelum naik bas tu , macam biasa , kita baca dulu doa menaiki kenderaan . tak kisah lah nak naik kereta ke , train ke , basikal even limousin pun boleh ! huhuhu . untuk apa ? sebab kita mohon dekat Allah minta dipermudahkan perjalanan . lagipun , maksud doa tu sendiri ada menyatakan tentang ni . so , benda ni mungkin nampak simple , tapi , benda simple-simple ni yang kita kena amalkan selalu dan bawa kebaikan pada kita jugak . lepas ni , amalkan okayu? so , keadaan dalam bas tu , ibarat macam sardin dalam tin sardin je aku rasa . packed gilaaa ! dah la campur laki pompuan . yang tak berapa nak aci tu , all the boys yang dapat seat ! OMG . girls kena diri ??!terbalik pulakk~ hahaha . tapi pikir balik , takkan lah nak suruh dorang bangun semata-mata nak bagi kami duduk? memang tak logik lah kan . mula-mula ingat bas laki pompuan asing-asing . tapi pakcik drebar yang baik hati tu suruh kami masuk . overloaded kot aku rasa bas tu. huaa huaa.. tin sardin kepanasan aku jadinye . nasib baik semua budak batch sendiri . kebetulan diri sebelah member aku , memang berborak ajelah aku dengan dia sepanjang jalan tu . lol . lenguh gak kena diri tu , dengan keadaan yang tak berapa stabil tapi terpaksa stabilkan sebab takut ada yang terjatuh pulak nanti .

pada awalnya , aku plan nak beli tiket komuter sampai tbs dengan miera and sayhe . tapi bila sampai sana , tengok-ll ada tiket train sampai segamat . aku tak beli sebab taknak nyusahkan kakak aku yang sudah menunggu berjam-jam kt tbs nuh . dia yang beria nak ajak aku balik sekali dengan dia . alang-alang dia balik , baik amik aku terus . time tu , aku cuak gak lah , sebab takde sapa yang turun tbs . aku pun blur-blur je . lol . alhamdulillah lah , ada sorang tu , turun tbs .so , aku ikut jelah dia cemana . ramai gila yang naik komuter sama dengan aku . ramai stop kl sentral tak silap . nasib duduk koc wanita . selesa + tak ramai orang sangat . cuma , tu laaa . sebelah koc tu koc lelaki . adalah jugak bau smoke smoke tu .*well,this the worst experience* . nyesal pulak amin tempat hujung-hujung . hahahaha . experience seri , experience .lulz . sepanjang perjalanan , sempat lah tidur 5 minit . but after that time , i cant sleep anymore ! even masa tukar komuter dekat rawang sampai bandar tasik selatan tu pun , aku tak tidur . takut terlepas stesen . huaahuaaa . baru merasa naik komuter baru*takdelah baru sangat sebenarnye* . more comfortable la than before . bila naik komuter , tiba-tiba mengimbau kenangan lama masa sekolah rendah dulu . aku start naik komuter waktu darjah 4 kot . time befday rasanya . dari seremban sampai kl sentral . gila jakun aku dulu kot sebab dengar suara perempuan kt interkom tu (ehh) sebut nama-nama stesen yang aku tak pernah tau dulu . aku cuma tau stesen ketapi gemas je.huaaaa huaa.dulu selalu turun kl sentral sebab jumpa kakak aku . and setiap kali singgah sana , mesti beli jam tangan yang rm10 punya.dah aa cecantik semua..smpai sekarang aku simpan koleksi jam-jam tu . walaupun dah 'tamat' riwayat hidup.huaa huaaa~

sampai je tasik selatan tu , i teguih call Ajan  ," Ajan , where are you ? I dah sampai ni haa .. Ajan kt mana?' . kata jumpa depan toilet . dekat 5 minit gak aku tunggu dia depan toilet tapi tak muncul-ll.rupanya ada toilet lain selain toilet depan seven eleven . *kena peka keadaan sekeliling* . before heading to home . sempat lah singgah kfc . lapar punya pasal . dah la tak makan tengahari lagi time tu . makan pun makan keropok beli dkt coop maktab buat alas peghut . memang sampai je kt tbs tu , perut aku dah menyanyi dengan senang hati betul~lalalala ~ singgah kfc berdekatan kt tbs tu , masuk je kereta . terus apak call tanya aku kat mana . parents aku punya risau tu aku sendiri tak dapat jangka . dorang punya tahap insecure and protective tu memang high lah . i mean , parents mana tak risau tengok anak dia balik sendiri ? zaman sekarang ni , susah nak percaya orang . tak usah cakap semua strangers je tak boleh percaya , sometimes , kawan-kawan sendiri pun kita tak boleh percaya 100% . bukan lah maksud jangan percaya samapai taknak kawan or putus kawan . lol .  but , alhamdulillah , nothing bad happen . and sepanjang perjalanan daripada highway seghomban sampai lah gemonceh , aku tidur tak bangun-bangun . huaaa huaaa . penat sangat tu wehh . sampaikan jam dekat nilai pun aku tak sedar . bangun pun sebab Ajan kejut ajak pegi pasar lambak kat Gemenceh . giloo ehhh~

well , this is my first experience . and alhamdulillah . im passed ! so , lepas ni boleh dah balik sendiri kan kan ? hahahaha . kalau bab-bab pengalaman ni , aku lah jaguh menulis . tapi , masuk bab buat karangan BM , agaknya mampukah aku menulis sepanjang ini dengan penuh semangat ? haahahah , hope so can . lol . later , aku update lagi okayh . bababaiii~


Sunday, January 11, 2015

dunia baru*heh*

assalamualaikum ....

bermula esok , blog ini akan mula tak aktif untuk beberapa waktu . harap maklum.

*ayat skema bhaaii*

HAHAHAHHAHAHAHAHHA!

dah nak balik maktab.... and i was like ... seriously dude ? cuti habis ?
lol . hahaha . tapi tulah kenyataannya . esok . balik maktab . haha .masuk form 4 wehh!  duh duhh..yang penting ,

Viewers , doakan saya mampu untuk menghadapi dunia baru . saya mampu belajar addmath dengan jayanya.saya saya kuat nak ubah diri saya jadi lebih baik . saya mampu berfikiran matang . saya mampu bahagiakan ibu bapa saya. InshaAllah , apa yang saya usahakan dalam perubahan diri , saya terus istiqamah .

Serious talk , sebenarnya aku sendiri tak tau sama ada mampu atau tak nak hadapi upper form . dalam dunia aku , banyak perkara yang aku masih takutkan . walaupun sebenarnya , aku hanya perlu takut pada Dia sahaja . Tuhan . Allah .mungkin aku belum cukup kukuh iman dalam dada . mungkin belum cukup rasa cinta aku dengan Tuhan . banyak benda yang tak cukup lagi nak buat aku rasa takut pada Pencipta kita . Allahu Rabbi . teruk nya aku . hahaha *hanya mampu ketawa plastik*

So , naik tahun ni , aku rasa semangat nak berubah . tapi tak suka secara drastik . aku cuba berubah perlahan-lahan . tak perlu dilihat orang pun . biar aku sendiri tahu . biar Allah tahu . itu yang penting . aku tak perlu jadi orang alim ke apa , cuma , berjalan kembali ke agama aku .plus , jadi pelajar yang tak sia-siakan ilmu . yang membuka telinga dan hati mendengar nasihat orang sekeliling . yang tahan dengan segala kata-kata negatif . yang mampu bangun bila jatuh .

inshaAllah .

so , i end my last entry before going back to hostel with assalamualaikum

*p/s; untuk member habbo , Lala,Cr,Nia,Leng,Jenol,Zaheer,Luq,Sire,Dj,Njhan,Akmal,Farhan,Babyoleo,Mark,Medulla,Jojo,Aiden,Azzam and Ez , im gonna miss you alls .seriously . thanks sebab menceriakan hari aku dalam habbo . hahaha . aku rindu korang nanti . percayalah  :')

Friday, January 9, 2015

good dream bad dream?

assalamualaikum....

kebelakangan ini , aku selalu mimpi laa.. mimpi orang yang sama . dalam masa cuti ni je , aku dah mimpi orang yang sama dekat 5-6 kali . bayangkan , 2 hari lepas , aku mimpi dia . hari ni juga , aku mimpi dia lagi . kalau kau lah kan , kau mesti pelik kan . kenapa asyik mimpi orang yang sama berkali-kali . aku pun pelik sebenarnya . nak kata petunjuk , petunjuk apa ? nak kata mimpi buruk , aku tak rasa mimpi tu buruk . sebab situasi mimpi aku tu tak adalah menyeramkan atau mengerikan sampai mimpi orang yang dah tak ada .

dan orang yang aku mimpi tu , orang yang aku kenal sangat secara luaran , tetapi secara mendalam , jujur , aku tak kenal dia macam mana . senang cerita , aku mimpi orang yang aku aku suka . see ? idk lah kenapa asyik mimpi orang yang sama . sama ada dari realiti terbawa-bawa ke mimpi ataupun tidak . hahahaha . bila fikir balik , aku rasa macam kelakar . dalam bebanyak mimpi tu , aku cuma ingat sikit ja . hahaha . tapi semua , mimpi bebaik ajalah . cuma mimpi dia ada dalam mimpi aku . tu aja .

cuma ada satu mimpi ni , yang aku ingat balik kan , aku rasa sedih overdose *dulu je la*. sebab dalam mimpi tu aku rasa happy sebab orang yang sama datang rumah aku . hahaha. gile kauu? crush kau datang rumah kau wehh ! lol . tapi aku tak ingat sebab apa dia datang . cuma yang pasti , sehari lepas tu , i got a very bad news . and since that , aku rasa kitorang dah buat jurang yang sangat dalam antara kitorang .(ni realiti tau) buat aku rasa makin jauh . rasa macam aku kt kutub utara , dia kutub selatan . cenggitu laa.. and sampai sekarang pun . jurang tu , tak ada siapa nak baiki . well , i hope lepas-lepas ni , boleh la build balik our 'friendship' . takkan nak maintain status 'stranger' je . memang time tu , aku mood swing sepanjang hari . i smiled at other . tapi dalam hati . haaaa...banjir wehh! lol XD

aku tak letak harapan apa-apa pun dari mimpi aku . tapi aku buat research tadi kan pasal mimpi dekat laman web ni,

 http://darulmualij.blogspot.com/2014/03/tafsir-mimpi-menurut-islam.html


menurut laman web di atas , aku dapat rasakan mimpi tu cuma mainan mimpi . yelah,mybe sebelum tidur tak basuh kaki ke,solat tak khusyuk ke,lupa baca doa,lupa baca al-mulk,tiga Qul , ayat Kursi ke.tu yang senang dapat mainan mimpi . lagi satu , kita tak boleh tilik maksud mimpi kita tu , takut jatuh khurafat . wallahualam.

apa yang penting , kalau dapat mimpi , kalau mimpi baik tu , rezeki lah kau . hahaha . buat tampal dalam memori . tapi jangan pulak kau mimpi banyak kali crush kau kau kata "Akhirnya , aku dah jumpa jodohku"or "syukur alhamdulillah , Allah dah tunjuk jodohku" jodoh bukan berdasarkan mimpi cik kak abang ...even kalau kau istikharah*meminta petunjuk daripada Allah*pun , tak boleh nak percaya seratus peratus dengan petunjuk yang kau dapat . kau kena istisyarah*meminta pandangan daripada orang terdekat.cth;ibu,bapa* . bila dah rasa yakin , maknanya itulah yang terbaik untuk kau . inshaAllah .. 

:)

Wednesday, January 7, 2015

bad experience

assalamualaikum ....

everyone must have their own bad experience in their life . me too . and for me , yeah . bad experince are harder to forget than good experience . idk why . tapi bila ingat balik pasal peristiwa lama tu , duhh . i felt soo soo ashamed . sampaikan aku rasa pakai blusher paling merah di dunia laa wehh .(heee,,sebenarnye aku sendiri tak pernah nampak muka aku merah sebab aku ni kulit sawo matang nak ke gelap.jadi tatau nak bezakan muka merah atau tak.lol) .

aku teringin pulak nak share pasal bad moment aku yang satu nie . alahaiii... tak pasal-pasal kena tolak moto balik rumah wehh..camni cita dia ...pada suatu hari....... *jet jet hikayat hang li po*

.
.
masa tu , petang . biasalah , petang-petang , adalah makcik makcik yang jual kuih muih pelbagai jenis kan dekat area rumah .lagi-lagi masa cuaca tengah redup-redup,angin sepoi-sepoi bahasa kan . memang tekak dah mula lah hantar komunikasi kat otak pegi beli itu ini . nafsu pun dah mula hasut-hasut kan.dok terbayang kuih pisang goreng yang lazat buatan jenjiran kat sini ni . pastu kuih macam-macam warna . siap ada jual air teh bunga tu wehh . memang aku selalu beli air teh bunga kt gerai depan taman aku tu .

so then , my mom pun macam ada instinct yang sama dengan aku agaknye .  memang petang-petang kol 3 memang waktu lepak-lepak anak beranak . hahahaha . mak aku suruh pi kedai depan tu . tapi dia tanya aku dulu,"yie , lapar tak?nak pegi kedai tak beli kueh?" . maksudnya , dia memang suruh aku pergi sensorang  T.T . nak ajak mak aku join skali memang tak laaa..better duduk rumah..takat gi kedai depan beli pape naik moto tu takde hal pung ... pas siap-siap . nak start motor.and as usual,moto tu macam merajuk sikit dengan aku kot..hahaha...kenalah beberapa kali nak start sebab moto tu macam 'semput' je . and alhamdulillah boleh start .

masa bawak moto tu , aku rasa tak sedap hati sebab tiba-tiba moto tu macam tak nak press laju .
takpe seri takpe . ko bawak je seri .

nasib baik sempat sampai kedai kuih tu . masa tu memang kol 3 petang . dah dok beli kuih feveret aku dengan mak . start la motor macam bese . still lagi macam nak tak nak je hidup . aduss...serius rasa macam nak mencarut time tu . tapi astaghfirullahh..tak bek tak bek . ni ujian duhh...so lek lek je bawak moto.sampai kat simpang , suddenly , it STOPPED ! aku x panik lagi masa tu .

bila aku nak start balik moto , ADUH!!! moto tak nak hidupp ! rumah aku dah la jauh lagi wehhh...
nak panggil orang takut mengganggu sebab yelah kan . waktu mcm ni orang dalam rumah ramai yang tengah lepak-lepak . nak minta tolong orang area situ , takde sorang pun lalu . MASALAH . so , nak taknak , aku kena menyorong moto skuter tu . memang berat . bayangkan , moto berat plus cuaca panas . dah la time tu pakai baju hitam tudung hitam , makk aihhh . bepeluh kemain duhh ! adalah dalam 300 meter lagi rumah aku tu . aku terpaksa ambil route yang jauh dari rumah sebab nak elak lalu depan rumah orang . so , aku ambil keputusan lalu padang bola , dan kenalah jugak lalu depan rumah orang , cuma kawasan tu orang memang jarang-jarang keluar rumah . bukan taknak minta tolong tapi , kalau kau kat situasi aku lah kan , kau rasa malu tak?

haaa..bukan EGO,tapi sebab MALU . aku ni sebenarnya pemalu okay*uhuk uhuk* . lagipun , bukan tak mampu aku nak menolak motor tu sampai rumah . tak mati pun kalau aku tolak . ngeee . konon sado . eceh ! masa aku tolak tu , sebenarnye aku tak perasan ada sorang pakcik ni dekat dlm rumah dia , sampailah aku stop kejap dan toleh belakang . and i was , maigaddd!aku harap pakcik tu tak tegur dan tak ingat aku! hahahaha . malu siot kalau kena bahan . hadoii.. time tu gak , aku nampak ada jiran aku nak gi kerja . entah kenapa aku rasa best pulak lihat kuih-muih yang aku beli dekat dalam bakul depan moto . sambil dalam hati 'aisshh..cepatlah acik ni gi kerjaa' . hahaha . waktu acik tu lalu sebelah aku , aku senyum je . kete dia dah takda , aku guna kudrat aku ada nak tolak moto tu lelaju sampai rumah . gila aaa..tiba tiba jadi macam pelari terpantas dunia pulak . tang mana tah dapat aura pecutan laju tu .

terpaksa ikut gate tepi rumah . sampai je kat rumah . aku terus terbaring depan tv , penat nye masyaAllah . Allah je tau wehh . macam baru pas buat latihan angkat berat . lol . aku cita kat mak aku kena gelak jee...ngeee..sejak tu , berhari-hari gak la aku tak kuar rumah .


ni baru 1 percent dri bad moment aku . hahaha . tapi memang lah , kena servis motor tu . bab-ll srvis ni , apak aku pandai laa..hihi..pesanan buat anda yang mempunyai kenderaan , sila servis kenderaan anda selalu untuk memastikan tidak berlaku sebarang gangguan semasa menggunakan kenderaan anda . pesanan ikhlas daripada penaja . ty for reading ! :D


Tuesday, December 30, 2014

bila tengok gambar lama

assalamualaikum...

korang pernah tak , tengah syok scrolling Facebook korang , tiba-tiba nampak muka kengkawan lama korang?pastu , korang teringat , "eh?dulu dia ni bukan cantik cam gini ke?asal sekarang dah lawa semacam?" pastu , hati korang tergerak nak tengok balik gambar lama dia masa sekolah dulu . semata-mata nak mengingati muka lama si kawan korang yang sorang tu . mula lah bukak album masa skolah rendah dulu .. selak-selak..and now , the throwback journey...

begin.....

sebenarnya motif korang selak album lama , bukan setakat tengok gamba si kawan , tapi tengok balik kenangan lama masa dekat sekolah dulu . nak mengingati sejarah kanak-kanak korang tu . satu-persatu kau selak . tiba-tiba muncul pula gambar korang sendiri..BHAHAHAHAHA!!!masa tu kan , kau tengok muka kau suci gileeerr...tak ada JELAWAT.flawless.masa tu , ada yang tengok diri sendiri lagi gemuk kalau nak dibandingkan dengan keadaan korang sekarang ni. ada yang dari kurus,tiba-tiba sekarang dah jadi macam belon bulatnye..dan yang paling ketara...dulu korang rasa diri korang huduh tahap gaban . tapi , sekarang ni , makk aihh..lawaa gituww~(bagi yang perempuan ajelah)..yang lelaki bertambah-tambah hensem dan sado.makin naik sasa gitu..lol ..cuma , tulah . muka dah tak flawless macam dulu disebabkan hormon korang dah berubah . now , uolls dah capai tahap puberty . banyak berlaku perubahan dalam diri kau sekarang ni . kalau dulu , korang kecik . sekarang ni..dah besar rupanya..ishh ishh..memang puberty banyak mengubah korang ..

then , korang tengok pulak gamba kengkawan ribena korang . tiba-tiba sebak ehh .. *ambil tisu sekotak* . kau tenung satu persatu gambar mereka . kau belek-belek , dalam hati,'budak ni , dah besar rupanya' . kau rindu kawan-kawan kau..masa dulu,nak berkawan takdelah sesusah sekarang . like , u know , kau berkawan dengan budak-budak yang mentah mcam kau..yang tau duduk main kejar-kejar sana-sini...menangis sama-sama . kena marah sama-sama . hahaha..

aku tadi sebenarnye , bukak balik fb lama skolah aku . konon sesaja fefeeling throwback kan?hihi..kalau korang tengok gambar aku masa skolah dulu mesti tak caya...sebab apa?sebab aku sendiri tak percaya aku dah begitu matang AHAHAHHAHAHAHA!
masa ni , sukan tahunan kot.aku kena jadi maskot lebah lah konon
untuk rumah kuning
tapi,x menjadi mana pung.....T.T



fefeeling jadi bomba kot masa ni..hahahaha...aku dapat lah merasa padam api . 
panas gila pakai baju tu..tambah dengan bahang api yang tengah marak
perghhh

so i think , sampai sini je kot?haahhaa..okabai

Saturday, December 27, 2014

HAbbo

assalamualaikum ...

waahh..lama pula rasanya tidak mengemas kini blog ini .(ayat skema tahap gaban) . sebenarnya ada banyak benda aku nak update . cuma tak terajin nak menulis sebab aku sibuk dengan dunia habbo . lol . baru berjinak-jinak dalam dunia game ni kan ... kena cari hobi baru sekarang ni sementara menunggu sekolah buka . aigoo~ da nah start sekolah da? bersiap sedia kawa-kawan semua~

jadi , untuk hari ni , aku tergerak hati nak story pasal life aku kt habbo . siapa yang ada Facebook mesti tau game The Sims kan? ataupun dulu ada satu game nama iMingle(kot) . habbo ni macam imingle tu jugak . kita ada karakter yang kita boleh reka sendiri . and , kita boleh chat dengan sesiapa ja . and chat tu appear dekat screen on the spot . cuma itu lah , pening sikit . lagi-lagi kalau tengok yang pakai colour chat . ada mcam-ll kaler sampai aku sendiri rasa nak pitam . hahahaha . dekat habbo , kau boleh jadi the other side of you yang tak pernah kau tunjukkan dekat orang . contohlah kan , in reality , kau baik . but in habbo , u're naughty a little bit . kalau kau nak rasa macam mana orang hadapi dengan perangai kau yang satu lagi tu , jinak-jinakkan lah diri tu main game mcm gini . tapi seeloknya , kita jadi ja diri kita sendiri..sebab habbo tu diwujudkan untuk kenal orang lain dalam version game . aku join Habbo since 2013 (last year lah kan ) .itupun sebab ada sorang senior aku kenal kan dekat aku . lol .so at first , memang aku rasa mengarut lah habbo ni kan , lagi-ll masa masuk je , terus pening tengok chat orang sana-sini , hahaha..cuma start cuti ni ja aku mula aktif kembali dalam habbo . dan aku kenal , ramai juga orang . kenal bermacam ragam orang.

cuma dalam habbo ni , kau kena pandai bergaul aja . jadi diri sendiri . hahaha. aku pun dulu , ada masuk satu room namanya MHS nie . kat sini semua  orang malaysia . atau pun senang je nak jumpa orang malaysia . ade juga room dari negara lain . its up to you guys nak pergi mana-mana room.aku buat kawan dekat habbo . walaupun tak semua aku tegur sebab aku ni jenis tak geti nak hidupkan perbualan . lol . dan , selama dua minggu ni . hahahaha . aku masuk 'kerja' dalam habbo . dan 'boss' aku tu nasib baik lah orang malaysia semua..kalau nak cari pendapatan lebih , kerja lah.hehehe..since masuk situ , aku rasa macam aku kerja betul-betul pula (in reality) . memula tu aku memang noob lah bab-ll mohon 'kerja' ni .

kerja apa?hmm..mula-ll kena urus orang yang nak msuk kerja dekat kaunter . kena promote orang kerja kt tmpt kita .layan kerenah klien . lol . aku cakap ni macam betul-ll kerja pulak . tapi , memang betul .ni baru dalam dunia maya , belum nak hadap realiti kerja tu . tempat kerja tu aku panggil MIA..sebabkan tempat tu baru bukak , so owner dan pangkat-pangkat tinggi untuk office MIA tu on . so , aku dah kenal dah semua boss aku kt situ .first skali , aku kenal Jenol kt situ.dia nipu aku . kata dia 10 tahun . mati-matian aku gelakkan dia sebab dari cara dia bercakap tu mcm orang dewasa.rupenye,,memang betul lgi tua daripada aku.then , trainer aku,Akmal.owner Zaq,azve,akim,muhd,Leng a.k.a Syaz.hahaha..mcm kelakar pulak aku cerita pasal habbo....aku rasa kan , naik sekolah nanti , benda yang aku akan rindu ialah office MIA . orang-orang kat situ . hahaha . seriously ..

tapi , aku sarankan , dont trust people in habbo easily . sebab dia strangers . kita stranger juga . just have fun dalam habbo . cuma jangan terlampau percaya . hahahaha...okay . tu je kot . lol . nite!



nilah sebenarnye MIA !

Saturday, December 20, 2014

tawakal

assalamualaikum...

                                                             

esok ambil result lah kiranya . waaaa!! da nak ambil result ? srsly i said . pt3 memang gila . pressure sana sini . ingatkan dah habis exam boleh la tak pressure . rupanya Allah bagi ujian lagi . ujian apa ? ujian perasaan dan hati dan fizikal dan mental . rumors yang berkembang biak dekata merata tempat niee meman gbetul menguji minda dan fikiran . memang tahun ni aku rasa tahun paling banyak ujian since awal tahun .

 ada kala satu ujian tu aku mampu hadapi . tapi adakala aku sediri lemah . memang banyak laa.. haha . kalau nak list tu , memang sampai seminggu tak habis . baru-baru ni pun terima ujian lagi . dan aku hadapi dengan ..yeahh .. hadapi dengan tak terlalu mudah . tapi alhamdulillah . i stand on reality . bila kena ujian . memang , kena nangis semua bagai . but let's hold on the Holy Quran verse in surah Al-Baqarah,286 which means "Allah doesnt force anyone to do beyond what is within his capacity" . aku tak tau kenapa aku suka sangat ayat ni . yaa.. penguat semangat . kalau aku tak kuat , aku takkan diduga dengan bermacam-macam ujian kan ?

so , for the upcoming result , im trying to be as cool as I can . apa yang aku dapat , itulah yang termampu aku . you guys pun(for those yang amik pt3) . kita dah buat yang terbaik . apa yang keluar , itulah usaha kita . we still can improve it in the future . aku pun masih kurang pasti sama ada aku kuat ataupun tidak . wallahualam . kita cuma berserah dan tawakal . ini cuma baru ujian sikit , kan ? Good luck for ninerss! Army ! of course .its already 1,20 am. ahahahaa . gudnite semuaa..esok saya dh bertolak ke putrajaya . lusa baru gi maktab techenta .lol . haha . assalamualaikum

Wednesday, December 17, 2014

culik bapak

assalamualaikum....

"Yie,kenapa susah hati ni ?"

*sengih*

"nak chicken chop?jap lagi la apak beli"

apak , aku tak tau dia ada kuasa apa . hahaha aku dalam hati dah melonjak kegumbiraan dah .hahahaha . cepat betul aku cair dengan tawaran apak. apak , my man kan ?

bermulalah kisah kami dua beranak(ehekk) . dengan syarat aku nak bawak moto pulak kali ni memandangkan kedai cikencop tu kek simpang dopan yo . bukan jauh mana . tapi , sebaliknya , bapak bawak aku . dan aku bawak time dah nak balik dari kedai tu . aku memang jarang spend time dengan apak berdua dengan apak . aku memang kinda manja sikit dengan apak . i mean , normal anak perempuan bongsu manja dengan ayah dia kot . cuma , aku kurang borak-borak pasal life aku dengan apak . sebab aku segan plus weird nak cerita-cerita . hehehehe....

cuma , waktu tunggu cikencop dengan roti naan siap . aku dok ngeteh(ngeteh tu macam duduk-duduk lepak sambil minum kopi\milo tarik\teh tarik atau makan dengan seseorang dalam bahasa jawa nyee)  dengan bapak kat kedai tu . lama lah jugak . duduk , tengok kereta lalu lalang . tengok trafic light . nak tengok bintang , satu bintang pun takde . katenye malu-malu ayam nak tunjukkan diri . ceh ! tengok masyarakat gemas macam mana malam-malam . tengok askar-askar lepak dengan geng-geng dia sambil tengok berita . dan aku , dan bapak , duduk kat tempat jauh sikit dari orang sebab ramai perokok ramai dekat situ . barulah dapat hirup udara malam yang sejuk .

and the clock start tick tick tick......hailaa..lama gila ini orang bikin itu menu . tah macam mana aku dengan apak borak-borak pasal macam-macam lahh..pasal result yang nak amik minggu depan ni , pasal perkara yang aku tak pernah bincang dengan dia pun ada . ngehh ngeeh ngehh . aku sendiri pun tak sangka aku boleh borak cenggitu sekali dengan apak . aigooo~siap sempat lagi tu apak borak dengan tauke kedai waris tu . heee .

before balik aku cakap lagi nak bawak moto . tapi dia kaa tunggu dah nak sampai taman . aku dalam hati heee...rasa nak melonjak keriangan je kt situ . lol . bukan kejap kot aku bawak apak pusing-pusing taman . malam pulak tu! 'sorry mak,i curi apak kejap'. taman aku takdelah besar mana . cuma aku saja nak bawak apak jenjalan dekat kawasan taman yang baru buat sebelah taman aku tu .rumah cantik-cantik semua . tengok pun dah ramai orang duduk . alhamdulillah , takdelah sunyi sangat . bila dalam situasi tu , aku teringat pulak waktu kecik-ll , apak rajinlah bawak aku naik moto pusing taman . dari zaman duduk dekat bakul depan moto sampailah duduk belakang dia . lewl . ada sekali dulu aa , time kichi kichi , aku tak ingat sebab apa aku nangis tapi apak pujuk aku dengan bawa aku naik moto malam-ll . mase tu , muka aku habis lencun aa dengan air mata , sampai baju-baju aku semua basah sebab air mata banyak sangat . lol . and now , aku pulak bawak apak . ngeee ~ driver baru apak . lol . saje je ajak apak cuci mata tengok perumahan baru . bila aku rasa macam terlepas dari dukalara , barulah rajin nak bawa moto balik . apak pun dah sejuk . kang dikata aku dera apak pula .


sampai rumah , mak tanya ,"ayie bawak apak lari mana haa?? " . and the rest , is story.hahahahahhahaha.


*p/s : harini paling malang sebab kena sorong motor guwe sorang-sorang time balik dari kedai . walaupun takde orang time tu , tapi aku masih terasa maluuu T.T

Sunday, December 14, 2014

is this the end ?

assalamualaikum...


aku rasa , lemah semangat sekarang nie . menggigil pun ada . aku...
aku tak kuat , kalau aku demam dua tiga hari pasni , jangan tanya kenapa ek ? sebab aku dah rasa sejuk sekarang ni . tak pernah kut aku macam ni . sedihnya hidup .

aku tak berniat nak end up . aku cakap macam tu dekat kau , supaya kau tau , aku sedih sangat . aku nak tanya punca kau ingore aku . dari dulu lagi . aku takde kekuatan . kau tau sebab apa ? coz i dont want THIS RELATIONSHIP getting worst . tak , aku lansung tak marah kau . aku cuma geram . aku jadi sangat berhati-hati . nak tanya tu , tanya ni , aku rasa macam terhalang . aku selalu rasa aku ni menyusahkan kau . aku rasa aku banyak berdosa dekat kau . aku rasa macam aku ni , bawak pengaruh buruk dekat kau . aku banyak blame myself . sebab tu , aku mintak maaf , sebab aku rasa sangat bersalah . i.... i really dont want this .

deep deep deep inside my heart , aku taknak kita jadi kawan . sebab , urhhh..aku speechless lahh.. tak boleh nak cakap . aku rasa macam , kau terlepas dari satu beban bila aku baca status whatsapp kau . aku ni , membebankan kau ke ? aku ni , teruk sangat ke . jujur aku cakap , i really like you . tapi lepas baca status whatsapp kau , aku jadi , sangat terkilan . sangatt.... aku tak boleh cakap direct dengan kau . thats why , aku update blog . dont worry . this post will delete soon . aku tak rasa , dengan status sekarang ni , kita boleh berlagak biasa lagi . mungkin , setahun , aku takkan bercakap dengan kau . mungkin .

. ingat tak ? time tu dalam bas , lagu Say Something tengah main kat radio bas . and then , kau cakap 'dengar lagu ni , sebab kau suka' . since that , aku dengar lagu tu tiap-tiap hari . dan aku perasan satu lirik tu. 'You're the one that i love , and im saying goodbye ' . seriously , lepas aku dengar lagu tu, aku jadi sedih dan takut . aku takut , one day kau akan cakap macam tu dekat aku . today was , a nightmare . salah aku jugak . sebab aku sendiri , terlalu memendam . terlalu menyimpan . aku tak suka lukakan hati orang . but , you nampak happy . without me . aku ke , yang buta ? mungkin lepas ni , aku membenci kau . (duhh , tangan menggigil ) . im sorry but , aku taknak . aku taknak benci kau . tapi , aku boleh jamin kalau pasni , perasaan benci tu ada sikit . i really sorry . tapi aku harap sangat , TAK ADA . aku lansung tak jangka benda ni akan berlaku . sebab aku belum sedia . dan aku tak sedia .

tahun ni , aku hilang ramai orang yang aku sayang . and , i lost atok zainuddin , jiran yang paling peramah dengan aku . 80 days later , aku hilang isteri dia pula . both of them , aku memang sayang . dan aku rasa terkilan sampai sekarang sebab .... aku tak ada waktu diorang pergi . aku jadi sangat terkilan sebab seminggu sebelum isteri dia meninggal , aku tak sangka , tu last time aku dapat jumpa dia . lama jugak aku nak kumpul kekuatan . and then , u came . aku rasa up and better than before . then , i lost half of my brother , fiqi pindah jauh . and now , you . i lost , a part of my heart . aku tak tau apa yang kau fikir , apa yang kau rasa . cuma , aku nak cakap . aku mintak maaf . mungkin , aku ni jahat . aku ni teruk . aku akui , aku memang teruk . teruk sangat . really sorry . aku tak nak cakap 'goodbye' . sebab aku rasa , tu terlalu berat nak diucapkan . aku rasa , aku dah merepek habis . kalau kau tak suka aku ,  mungkin sebab perangai aku . i really sorry . I AM SORRY . aku tak pernah harap akhiran cita nieh macam ni . 8 month ea ? terima kasih . aku harap , miracle in december tu boleh datang esok .

aby , aku mintak maaf dekat kau . sebab , aku rasa aku rasa gelaran best buddy tu tak layak untuk aku .

Saturday, December 13, 2014

add math ! O.0

assalamualaikum ...

"weyh , add math susah laa !"
"aku rasa nak gila buat add math"
"boleh tak aku nak skip kelas add math?"


well , semua ayat di atas adalah ayat yang sering diungkapkan para pelajar menengah atas . aku selalu lah dengar senior-senior cakap cenggini lepas abis exam add math mahupun tengah study add math . dan , sebenarnye percakapan diorang sedikit sebanyak memberi impak dekat diri aku . aku jadi takut nak hadapi upper form aku yang masih kabur macam kabus tebal . aku tak berapa nampak future aku macam  mana . seriously . ada lah jugak sekali dua aku nangis sebab fikir pasal ketakutan dunia masa depan . eheheheh . mana taknya , i think , maybe next year i have to be more responsible on myself . nak berdepan cabaran yang lagi banyak . hailoo .


tapi , it is not so good kalau kita set minda yang KITA TAK BOLEH or BENDA NI SUSAH .TAK PAYAH BELAJAR . No ! u cannot think like that . jangan set minda yang kita tak boleh walaupun kita tak tau sejauh mana keupayaan kita nak hadapi sesuatu . seolah-olah kita dah dapat ramal masa depan kita gelap suatu hari nanti . aku sendiri pun , dulu selalu kata aku tak boleh buat . and , memang betul-betul aku tak boleh buat . and i felt lost , down , cry , and rase tak nak bangun dri tidur sebab takut nak hadapi realiti pun ada . haha . silly me that time . tapi suatu hari , aku terbaca satu buku ni . dia kata minda kita ada bahagian separa sedar dan sedar .let say , Abu seorang pelajar yang sangat lemah . dalam keputusan exam apa pun , dia tak pernah dapat keputusan yang baik . sampai satu masa , dia selalu conteng dekat atas kertas huruf 'A+' setiap hari . sampai berpuluh-puluh A dia tulis . sebab apa ? sebab dia nakkan A yang berderet atas keputusan SPM dia nanti . dia nak buktikan dia bukan pelajar lemah . sebab apa ? sebab dia tau dia mampu . a few months later , Alhamdulillah , when he recieved his SPM result , guess what ? He go 5A 3B 1C . it was amazing , right ? walaupun , takdelah straight A . tapi dia berjaya genggam 5A . cikgu-cikgu sendiri tak percaya dengan keputusan dia . dengan result dia tu , dia berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej yang terkenal di Malaysia .

nice story isn't it ? lepas je baca buku tu , aku trylah apply dalam diri sendiri . even tk banyak impak , tapi aku dapat rasa perubahan dalam diri aku . tukar perkataan TAK BOLEH kepada AKU BOLEH LA BEB . but , remember . over confidence pun bawak padah . over confidence sampai taknak study sebab dah rasa pandai gila nak mati . change it okay ? bukan selamanya kita di atas . sebab kau roda , aku roda . kau kat atas , aku kat bawah . aku kat atas , kau kat bawah pulak .sebab yang putarkan roda kehidupan kita adalah Allah .Dia yang berhak tentukan kehidupan kita sometimes tu , Allah nak uji kita sikit-sikit biar kita sedar diri ... nota untuk diri sendiri jugak . XD


so , for all form 3 , please beware okay ? mungkin dunia tahun depan lebih banyak cabaran . heh . tu baru cabaran sekolah . belum masuk dunia realiti yang lagilahh..ya ampun ! bukan setakat duri jer sepanjang jalan hidup nieh , clorox , racun tikus , ridsect , asid getah semua  ada . fuuhh fuhhh . takpelah . enjoy-enjoy gak . but sometimes , we have to think wider and wider . ehehehehe . so , esok , guwa balik kampung selepas berbulan tak balik Muar . tok ! wait for me ! ohohoho 

Monday, December 1, 2014

orang demam

assalamualaikum ..



                                                     
tangan aku sebenarnya terasa malas nak tulis . yelah , after the bad history of my life just came back these days , i felt so suck like hell . im actually had pressure these few back days . stress and so on . ahaha . pasal apa yang teruk sangat sampai aku rasa merana balik tu ? no need to know . ahah XD

so today , sebab ada cekgu nie demam , so lemme tell u about FEVER . okay . bagi aku , demam ni dah biasa . demam . batuk . selsema . penyakit tiga serangkai . hoho . mungkin sebab aku ada asthma since kecil , so batuk+selsema tu buat aku semput . sebab flu dah cover aku punya pernafasan . kahak pun sama . mak bapak aku marah giler kalau aku langgar pantang (like , eating ice-cream,air gas,benda-ll sejuk) . sebab once aku terlanggar pantang , aku terus kena penyakit tiga serangkai nieh . haha . lol . boleh kata setiap bulan lah aku hadap muka doktor yang bernama Doktor Annandan tu . tapi nasib baik doktor ni tak garang weyh..hoho . aku suka giler bila dapat 'date' dgn dia.. tambahan , bila dapat surat mc dari dia . heaven rasanya . haha ..kidding . dia dah tua , okay ? XD


yang aku ingat , setiap kali aku demam teruk , mak aku buatkan air rebusan bawang putih dan halia . lepas minum tu , kena selubung dengan selimut . tapi kalau ikutkan , cara ni tak berkesan sebab orang kata biar peluh tu keluar naturally . tak payah nak berselubung pakai berapa lapis selimut pun . aku taktau macam mana air rebusan tu berkesan , tapi memang berpeluh la lepas minum tu . release haba panas dari dalam badan kan ? hoho . ni cara tradisional . mak aku dapat petua daripada orang cina kedai herba kat pokan ni ha . to che amoi !

pengalaman demam yang paling teruk aku pernah kena sepanjang hidup aku adalah tahun nie . yeap . waktu tu , rasanya nak trial mara or lepas trial mara . tapi yang pasti , waktu tu , aku belum habis pt3 lagi . like , seriously duhh . aku rasa nyawa-nyawa ikan je kot time tu . tak pernah kot aku rasa sejuk giloss malam tu . ahah . yes , time tu waktu prep . sejuknya masyaAllah , mencucuk tulang derr~ menggigil-gigil aku dibueknyo eh ! srsly , aku takleh studi malam tu , aku peluk bantal kuat-kuat . dah makan ubat,tekap kepala dengan tuala sejuk(sumber air sejuk;coway sdn bhd) nak tidur tak boleh . kang warden lalu depan tinkap bilik , huiissshhh..tanak tanak ! slow kan kipas . but still , menggigil , cubemate aku takde time tu , ada hal kena gi tmpt kawan . aku try jalan-jalan dalam dorm , then duduk tempat balik . okaylah . sikit . aku tunggulah sampai 10.30pm . aku tak larat , terus baring and tidur.alhamdulillah..pagi esoknya , kira 85% recovered lah . alhamdulillah . well , tu yang paling teruk laa bagi aku .


so based on the entry above(ceh!) , kalau kita demam , tekap lah kepala dengan cool fever ke , takpun , letak handkerchief kecil yang kena rendam dlm air sejuk (ais), sapu seluruh badan . tu bagi lega ja . and paling penting , jangan lemah . kau kena lawan . bnykkan pergerakan boleh keluarkan peluh and haba dlm, badan . but , jangan buat kerja berat-ll pula . aok ya ? get well soon , wahai warga demam sekalian XD . night peeps !

2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...