Thursday, March 19, 2015

the 2015

assalamualaikum .

aku tak pandai lah nak bagi tajuk apa kali ni . sebenarnya aku bukanlah budak sastera pun . pt3 bm hari tu pun aku dapat B untuk ujian bertulis . ujian bercakap dapat A pulok . nampak sangat aku tak suka karang-karang ayat ni . hahaha . okay cukup sampai di sini .

sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita untuk post pada kali ni . tiba-tiba pulak rasa nak menulis pasal upper form life*uhukk uhukkzz* . first thing first . masa daftar hari tu , i was shocked sebab dapat kelas 404 . memang rezeki aku lah rasanya dapat duduk kelas 04 dari form1 sampai form5 *insha-Allah* . tiba-tiba rasa nak pegang tisu pulak ni bila bercerita pasal 104-304 nieh . tak apa . lower form dah lepas dan jadi kenangan terindah dalam hidup . ececehh ! dan mak homeroom aku pun , baikk sangat . lemah lembut seperti seorang ibu . cikgu math mod juga . huaa huaa . masa daftar haritu , aku daftar seorang diri . tak ada mak atau apak atau along atau kakak yang ikut sebab aku tumpang Miera . masa mak cakap aku kena tumpang orang balik maktab untuk pendaftaran , aku cakap dalah hati 'tak pe Seri . nilah masa nak belajar jadi berdikari kan kan kan?' . padahal hujung mata tu dah nak bocor dah empangan air mata kot . tapi cover lah , macam biasa . masa pendaftaran haritu , aku tak dapat join band buat persembahan . takpe takpe . tak ada rezeki kan ? its okay ~ hahaha . masa perjumpaan homeroom lepas ucapan pengetua tu , aku jumpa Yana . dan aku paling ingat , tengah beratur depan meja miss Salwa , meja miss dikelilingi oleh budak-budak kecil ! and ada sorang je budak lelaki pakai baju beige masa tu . nama dia Ikhwan . adik-ll dia adalah dekat 5 orang jugak masatu .

lagi apa eh yang menarik ?? haaa . gotcha !

bercerita pasal classmates , i've got the Science stream class . 404 . ada 4 orang je budak 304 dalam tu , Me ,Yana ,Zuzu and Akhmar . dulu , masa lower form , selama tiga tahun duduk dengan budak yang sama ja.tak tukar-tukar kelas . so , bila masuk kelas yang campur dengan budak kelas lain ni , feel dia pun lain . tambahan pula , kelas aku ada budak paling bisnig dalam batch aku , haha . for the girls,ada Alin(geng gelak AinNas),AinNas(samelah tu dengan Alin),Syarfa(Bong),Zahreen(bdk Acc tukar Bio),Jierah('anak' Miss Haida),Asfa(kembaq naa),Sarah(dak terror addmath),Bella(anime nih),Zuzu(paling cun),Wahida(ex-bwp),Yana(paling kecik) and me(dunno wattudecribez).hahahaha

boysssss???

barisan hadapan kelas didominasi oleh Pachee(ketua kelas paling bertanggungjawab),Ihsan(Ustaz azhar idrus kecil)Iskandar(goodluck wakil perak untuk ragbi),AmirDaus(bdk langkawi wuwuwu~),Pi'ie(Ahmoyy),AmmarHar(pandai-ll),Fahmi(malayanboy),Akhmar(dak skema tapi creative bak hang),Bahri('kembar' amoii),Ikhwan(paling rajin ahh tuu),Sheng(saputangan peneman setia dia) and lastnye Irsyad(dunno wahtudescribe jugak sebab tak rapat sgt).dulu ada Afif dengan Luqman a.k.a Tun, tapi afif dapat pindah mrsm pengkalan chepa dan aku sangat sedih sebab grup presentation sejarah makin berkurangan T.T . Tun pulak tersesat masuk kelas bio sedangkan dia minta kelas account . so , naik cuti rayacina baru dpt tukar kelas .selamat berpindah Tun . hohohoho

soo , lets have some fun with my 2015 pictures , okay ? dah tak larat nak menaip sangat ni ^^

 1)sembelih ayam minggu aktiviti . kelas aku dpt 10 ekor ayam tuhh~ dari sembelih,cabut bulu ayam,siang ayam , perap ayam , masak ayam . semua student buat dibantu guru . huaahuaa .
the cheff . ehehehe *abaikan di tengah itu*

                           
kokk kokk kokkk!
 

ustaz Ihsan dan ayam sembelihannya~


sumpah muka Amir lawak =='

ikhwan dan sheng~

2)aspuri night , aku berterima kasih kepada nana sebab at least ada satu gambar aku wktu aspuri night . haha . aku tak banyak gambar masa night tu coz im too busy that night . huaahuaa


3)hangout with maa munchie crunchiee. hohoho

-classmate masa sekolah rendah dulu . hahaha . thanks for the short meeting ,Luvinia . rajin ekau turun gomeh dari somban tu haa ^^


-and todayy yayayayyy ! ingat senang dapat pelepasan puan Mak dan tuan Apak dapat hangout sampai Segamat nih ? hahaha . date dengan minah cantik si Miera ~

     4)hahaha . tetiba nak share gambaq anak-anak gadis Tok Hasanon pulak kan kan ? susah kami sepupu sepapat nak jumpa sekali nie . 

5)when Bik Yati comes to the house , rumah akan jadi bising dengan kehadiran 7 orang anak-ll kecil diaa . and this boy , I called him Bang Pis (Abang Hafeez) , ni kira paling boleh buat kawan lah kalau nak bandingkan dengan 3 orang abang dan sorang kakak dan dua adik-ll dia yang lain . hahahaha




i asked her to smile , and his smile was like above...

membesar jadi abang yang penyayang ye bang pis??

sebenarnya kan..
ada banyak nak story
tapi masalahnya.....
its alrealdy 1.50 am!
gilossss
hahaha
goodnight
and thanks for reading ^^

Friday, March 13, 2015

short message for Sire

assalmualaikum ...

tiba-tiba tadi scrool picture dekat laptop, tetiba ada screenshot conversation aku dengan Sire . acutally it is more to 'text from Sire to me' . that is the last day i can contancr with him . 55 days ... its like 55 months ! ohmaii~ tiba-tiba aku rasa rindu sangat dengan Sire . haaaa . lama gila dia tak on habbo . perghh . aku tak tau lagi result kau cemana . wehh wehh Sire, cepat ahh on habbo . there's a lot of things yang aku nak share pasal upper form .
Sire,
if you are reading this , just want to say that my upper form life run very smoothly until today , alhamdulillah . sebab doa-doa kau dan orang sekeliling aku , alhamdulillah . aku rasa tak berat bila baru nak naik upper form ni . thanks for being my kindest friend . and i hope , wherever you are , Allah will protect you from any danger , insha-Allah . and , yes . im soo excited to know your SPM result . and i hope you've got flying colours in your result ! i miss you buddy ! huahuaa T.T

                                                                                                                        -the_stalker-

Thursday, February 19, 2015

Kembali

"aku harap , bila kita dah besar , aku dapat kahwin dengan kau , Ila
aku nak jaga kau
aku nak kau jaga aku."

"Kenapa cakap macam tu dengan aku Azam?"
"Sebab aku suka kau."

"Shuhailaaaa !BANGUNNNN!" 
Pap! Aduh ! sakitnyaaaa !  
tangan ku mula mengusap kepala yang terhantuk lantai gara-gara terjatuh dari katil . apalah malang nasib  aku pagi-pagi macam ni dengar jeritan Puan Ibu ni . Aku cuba berdiri sambil mengimbangi diri aku yang tak berapa nak stabil dek hentakan tadi . nasib baik lah aku tak amensia . aishh !
"Shuuu !! Da bangun belum ? matahari dah dok tercacak atas kepala tak bangun-bangun lagi ? karang meraung suami kang dapat bini bangun lambat ni . cepat siap ! kejap lagi ikut Ibu pergi Tesco." laungan suara Ibu dari arah bawah menyedarkan aku dari mamai . matahari ? tercacak ? aduhh ! pukul berapa ni ? 
cepat-cepat aku mengambil telefon di tepi katil . 'Allahu ! dah pukul 11? Ibuuuuu ! kenapa tak kejut Acikk ! haaaaa . Acik tak Subuh lagi ni . aisshhh.' langkah dipercepatkan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. 
usai solat , aku segera mencapai tuala untuk mandi . sepuluh minit kemudian , aku duduk di tepi katil memikirkan kembali mimpi yang buat aku sampai jatuh dari katil . heh ? mimpi pun boleh jatuh dari katil . mendelah kau ni Ila . Lampi .
aku mimpi apa ek ? lupa dahh ..  
tik tik tik . 'Sebab aku suka kau' . 
Got it ! 
aduhh ! mimpi Azam lagi ? minggu lepas dah mimpi , hari ni mimpi lagi . ada petanda ke ? hati aku mula lah rasa tak sedap . kalau mengikut perkiraan , dalam masa dua bulan ni , dekat 4 kali jugak aku mimpi pasal dia .  
hmmm . abaikan . makin difikir , makin serabut . entah si Azam ingat lagi ke tidak dekat aku . Entah . Dia ingat lagi tak janji tu . Janji nak jaga aku . Aku tersenyum nipis . senyum ada makna tersirat sebenarnya .
mengingat kembali janji Azam sewaktu baru darjah 6 . waktu tu , aku dengan dia ibarat adik-beradik dah . rumah sebelah-sebelah . teman sepermainan . satu sekolah . satu kelas . keluarga aku dengan dia pun rapat . aku membesar sama-sama dengan dia . cuma dia , kawan yang aku ada . cuma dia , aku boleh jadi diri sendiri . itu kehebatan Azam . 
  Tapi , bila dia kata dia nak kahwin dengan aku , fikir balik , macam tak logik lah kan . sebab masa tu aku tau dia punyalah suka dengan si Fashila budak model tu . sampai kalau boleh , setiap hari suruh aku teman dia lalu depan rumah si Shila tu . nak harap dia suka kat aku , memang taklah . bukan lah aku tak cantik . aku ni , perempuan ganas , benci pada lelaki . bukan jenis perempuan yang suka tergedik-gedik depan jantan . dan Azam tau pasal tu . aku tomboy . Serius .  
lepas dia bagitahu tu , esoknya sebenarnya dia pindah  . tapi , dia rajin hantar surat kat aku . dan aku rajin balas surat-surat dia . maklum lah . masa tu , kitorang tak main lagi Whatsapp , Facebook dan sebagainya . aku dulu budak kampung . jauh dari kepesatan bandar . Azam kena pindah bandar . ayah dia kena pindah sana . bila dia tak ada , aku rasa lifeless tahap gaban . nasib baik dapat juga berhubung walaupun dengan surat . 
Sedih . tapi , life must go on , kan? kebetulan aku dapat masuk asrama . Asrama apa ? asrama harian je . aku bukan stok-stok budak pandai . masuk asrama biasa je . semata-mata taknak hidup dalam kenangan Azam . biarlah aku tinggalkan kenangan Azam dekat rumah . Aku taknak terlampau rindu dekat Azam . nanti , makin lifeless lah aku . siapa tak sedih , kawan sehidup semati kau jauh dari kau ? at least , aku duduk jauh dari rumah , tak adalah aku asyik memikirkan si Azam . 
aku teruskan hidup macam gadis-gadis biasa . belajar , cari kawan , semua dapat . tapi satu , aku makin jarang dapat surat daripada Azam . dan makin lama , makin tiada . ahhh ! mungkin , dia dah lupakan aku barangkali . jauh dalam hati , aku memang dah mula buka hati untuk seorang lelaki . cuma , ruangan tu terlalu sempit sampai aku sendiri menolak kenyataan . jahat kan aku ?  
biarlah . aku dah agak dah , janji dia cuma janji monyet . janji palsu . janji tak matang . dan cerita Azam , dah hilang sejak 9 tahun lepas . aku kubur kan , dalam-dalam . Tapi , aku mengharapkan , Azam mampu datang kembali dan gali semula kubur cerita dia . dan tunaikan janji dia . sebab aku dah mula suka dia sebenarnya . dari dulu sampai sekarang . 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ibu , kenapa tiba-tiba beli barang dapur banyak sangat ni , bu ? ada kenduri ke bu ? kenduri apa,bu?Raya lagi lah,Ibu . beli awal-awal nanti barang dah tak fresh," celoteh pula mulut aku hari ni dengan Ibu . 
Ibu berhenti berjalan . aku pun terikut Ibu .  
Lirikan hujung mata Ibu macam menggerunkan . 
"Acik ikut ajelah Ibu . tengahari esok ada orang nak datang rumah . kenalah ibu masak sedap-sedap. lagipun , yang datang kawan lama ibu." 
OOOoooooooohhhh . patutlah . 
"tapi kan,Bu . siapa kawan Ibu tu ? macam istimewa sangat je . Acik kenal je semua kawan Ibu .Cik Zarah ke bu ? ke Cik Tipah ? ke Cik Zabedah ?mana satu,Bu?" aura 
"kamu nak tau , kena tolong Ibu esok masak untuk kawan Ibu . esok jangan bangun lambat . nanti esok Acik jumpalah kawan ibu," senyuman kecil terbit di wajah ibu ."Ibu rasa Acik kenal kut kawan Ibu tu." 
"Siapa,Bu?"
"Adalah.Kawan Ibu lah.dah cepat tolong Ibu masukkan barang ni adoiiii . Ibu mana larat angkat barang banyak-banyak ni haa ."segera aku membantu Ibu memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta . tak cukup bonet , tempat duduk belakang sekali jadi tempat letak barang . Sah , Ibu nak buat kenduri . 
aku lihat Ibu masuk ke dalam perut kereta dengan pantas . Aku tersengih sendirian .Ibu,Ibu , pandai tukar topik .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku membelek telefon . jam menunjukkan pukul 9.43 malam . rasa mengantuk tak kunjung tiba . Aneh . biasa waktu macam ni aku dah mula dah terlentok atas katil . Ini semua gara-gara memikirkan tentang kawan Ibu yang nak datang esok . Bila tanya Ibu , Ibu sengih memanjang . ditanya samada nak buat kenduri atau tak , Ibu diam sahaja . kalau kawan ibu nak datang , kenapa gaya ibu macam beria sangat nak masak esok ni ? sebelum ni pun , kalau kawan-kawan ibu datang rumah pun , paling-paling ibu buatkan lauk asam pedas je . tu pun tak banyak . kebanyakkan kawan-kawan ibu memang suka lauk asam pedas buatan Ibu . sedap sangat katanya . tapi bila tengok senarai barang yang ibu beli , macam lebih daripada asam pedas je .siap ada tepung segala bagai . 
masak sakan habis .
tak apa . kita tunggu esok . pintu bilik diketuk dari luar ."Acik , ibu ni ." . "Masuk lah,bu ". 
"Acik , esok pakai baju lawa-lawa sikit tau . esok tetamu istimewa . ingat . pakai cantik-cantik , tau ? "
"tapi,bu.. kan........"
"ingat cakap Ibu tau ?goodnight Acik . jangan tidur lewat."terus ditutup pintu bilik . tak sempat aku nak habiskan ayat . 
something  wrong somewhere . serius .
masa ! cepatlah berlalu ! 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cermin pun dah naik muak kut rasanya tengok aku asyik berdiri depan dia je . bayangkan dah dekat satui jam lebih aku diri depan cermin semata-mata nak tengok okay ke tak baju yang aku pakai . nak ikutkan , aku cuma paka baju kurung kuning pastel je . dengan tudung coklat . ada manik-manik sikit atas kepala . simple sangat je rasa . 
yang aku tau , tetamu baru sampai . cuma aku tak kenal siapa . ada dua lelaki , dua perempuan . 
okay Ila , let's show your face infront of them . aku jalan turun tangga perlahan-lahan . entah kenapa aku rasa cuak plus takut sangat sekarang ni . menapak dan terus menapak turun ke bawah . 
aku rasa ligamen antara lutut aku mula rapuh sekarang ni . bila tengok muka seorang ibu tua yang aku sangat kenal , serta suami dia . dan anak perempuan dia . dan seorang lelaki yang segak berbaju kemeja kotak-kotak biru .

Azam . aku yakin tu dia . walaupun dia dah nampak lain sangat . aku tatap mata dia . hantar mesej mengatakan betul ke tu dia . dan dia senyum . Rindu sangat . Marah sangat . Gembira sangat . Benci ? sifar . kalau bukan sebab dia lelaki , aku dah lama peluk dia . nak siat-siat dia pun ada . dia , dah makin tinggi , makin berisi dari dulu . muka tak payah cerita . cuma , mata dia . dan senyuman dia . masih sama . dia je senyum . aku ? speechless tahap gaban .  
"Acik ? asal tercegat dekat situ ? kut ye pun dah lama tak jumpa , pergilah salam dulu Cik Asilah tu". terkejut aku . punya gelabah aku berjalan terus jumpa Cik Asilah . and Azani pun dah besar dah . sejuk gila tangan aku . "Apa khabar, cik ? lama tak jumpa ,"mulutku ramah menyapa ibu Azam . "Cik sihat je . alhamdulillah . makin cantik kamu Ila cik tengok ."
mula lah aku . tersipu-sipu malu . "jemput lah duduk dulu cik , pakcik , Azani , errr , Azam . duduk lah dulu ".
aku baru nak berlalu ke dapur , tiba-tiba tangan aku ditarik perlahan oleh ibu ke arah sofa . menandakan aku harus sertai mereka . masing-masing mengambil tempat . dan aku mula rasa janggal . dan awkward . sebab nya , aku sekarang tengah duduk depan Azam . aisehh ! ada dua tempat duduk kosong kat depan aku juga dia nak duduk . sabar Ila sabar.
dah macam perbincangan serius pula aku rasa sekarang ni . adeh . butterflies in my stomach . lansung tak berani nak angkat muka . Ibu borak-borak dengan Ibu Azam . memang sakan gila . masing-masing besuara . Azam pun adalah bersuara juga bila ditanya ibu itu ini . berdasarkan pertanyaan ibu , baru dapat tau dia baru habis belajar dekat UK . diam-diam kau ye,Zam . sampai hati . suara dia pun , dah berubah . hahahaha
apelah kau ni , Ila . dia lelaki . dah besar . memang lah suara berubah . 
tiba-tiba , ayah Azam , Encik Syah memulakan perbualan kami sekeluarga .
 "Rasanya Encik Bakhtiar dan Puan Saleha pun dah tau tujuan kami datang ke mari . dah lama kita tak berjumpa macam ni . rasa lain pula sekarang , dulu tengok Shuhaila kecil je . sekarang dah cantik orangnya ."
"tak perlu formal sangat Man . nanti makin kekok pula budak-budak ni . alhamdulillah . rezeki kita dapat jumpa lagi hari ni , kan . eh , jom lah kita makan dulu . lepas makan baru boleh borak lebih-lebih ," pelawa ayah . 
and 30 minutes later.... ibu suruh aku hantar air dekat Azam . kebetulan dia duduk sorang diri je kat luar tu duduk dekat beranda luar ."pergilah borak dengan Azam tu . Ibu tau kamu rindu dia. pi sana pi sana ."
masalahnya . macam mana nak nak bercakap dengan dia sekarang ni ? duhh . okay . keep moving Ila . buat biasa je .hantar dan pergi dapur balik . sampai kt beranda . aku nampak Azam tengah termenung jauh . seorang diri .
"ehem . err...nah .. air."
"thanks ." senyuman nipis diberikan kepadaku . begitu juga aku . baru sahaja setapak melangkah kaki ke belakang nama aku diseru .

"Ila , duduk lah sini dulu . aku nak borak dengan kau." bagai lembu dicucuk hidung , aku ikut kata-kata dia..entah kenapa . satu minit . dua minit . sepuluh minit . 
krik krik krik.
"how's life ?"
"alhamdulillah . ka tengok aku okay ni , aku okay lah ni "
"yeke ? kau tak tipu aku?aku tak okay lansung weh.asal kau boleh kata kau okay?"
"dah tu , kau nak aku buat apa ? "
suara mengeluh perlahan kedengaran di corong telinga aku . aku cuma tunduk . entah kenapa kuku aku rasa cantik pula nak ditatap waktu-waktu macam ni . baru perasan kuku aku cantik .ohohohoho. 
"Ila , ada benda aku nak confess kat kau . dari dulu lagi . cuma , aku takut kau tak dapat terima kenyataan je"
"ape dia. cakap jelah ." 
"Aku......Aku rindu kau . sangat . tak tipu ." pap! air mata yang dari tadi aku tahan mula menitis . sedikit . dan banyak . sampai lencun pipi aku . ayat tu . menikam jiwa .
"kenapa....baru sekarang Azam?"
dia menyepi . "aku tak tahu ."
"mana kau hilang ? kenapa surat aku kau tak balas-balas ? kau tau , aku punyalah tunggu surat kau dari dulu sampai sekarang . aku tak tau lansung kau wujud ke tak kat dunia ni . sampai aku rasa kau khianati friendship kita . sampai aku rasa nak bunuh kau je bila aku dapat jumpa kau . aku tak tipu . kalau bukan sebab ada mak ayah kau tadi , aku memang ambil pisau kat dapur cucuk perut kau sampai mati . lagi sakit hati aku tunggu kau muncul . sedih sangat , Zam . aku sedih sangat . aku... aku....uhhhh,"tangan menyeka air mata yang dari tadi laju meluncur di pipi. 
"Aku minta maaf . aku tau."perlahan sungguh suara dia . hanya aku yang dengar .  
"but , why? you left me for about ten years, and now , you're here suddenly . aku tau aku bukan girlfriend kau . tapi , kau tak patut buat macam ni dekat bestfriend kau.aku manusia juga.kau tak patut dah muncul dalam hidup aku sekarang ni .even , sampai sekarang , aku tak percaya yang ni kau . silly me." 
aku dapat rasakan dia datang dekat dengan aku dan bersila . aku palingkan muka aku ke kanan dan kiri . semata-mata nak larikan pandangan mata aku . 
"Ila , jangan menangis weh . kau menangis . aku rasa berdosa sangat dengan kau .aku minta maaf seguni daripada kau sebab tak balas semua surat kau . aku tau , aku bersalah . masa tu , aku sangat sibuk . aku masuk asrama . dan memang aku jarang ada kat rumah . lepas tu , mak ayah aku pindah rumah masa aku tak ada . and guess what ? surat kau dekat rumah lama aku semua kena buang dengan mak aku.aku marah mak aku dalam diam . sebulan lebih aku merajuk taknak balik rumah . since that , aku lost contact dengan kau . kau tau ? aku rasa seksa juga macam kau ,Ila . aku cuba cari balik alamat kau , tapi tak dapat . aku nak tanya mak ayah , aku taknak diorang tau . 
Ila , dengar sini . aku , dah merantau dekat bumi UK pun , aku masih ingatkan kau Ila . aku pergi mana-mana pun , kau tetap lekat dalam kotak minda aku . aku tak boleh lansung buang kau daripada hidup aku Ila .dan sekarang , aku tak nak hilang kau lagi dah." 
aku perlahan-lahan melihat mata dia . dia menangis ! dan pipi ku terasa panas kembali . "kenapa...kenapa kau cakap macam tu ,Zam ?" 
senyuman manis diukir menampakkan barisan giginya yang cantik . dia menyeka air mata di hujung matanya .  
"ingat janji aku dulu ? aku nak jaga kau . dan aku nak kau jaga aku"
SPEECHLESS tahap petala ke sepuluh sekarang ni . "what ?!!" 
"Shuhaila , aku tak tipu . mungkin kau ingat aku ni lelaki tak guna and whtsover lah kan. tapi Shuhaila, bila aku cakap janji , aku buat Shu.i wont leave you anymore . aku datang ni , nak tunaikan janji aku dulu . aku nak kau jaga aku sampai aku mati . sumpah , aku tak tipu. jadi , terima aku sebagai hero kau sampai kau mati ? will you ?" 
Azam . akuuu....akuuuuu .....Ya Allah . betul ke ni ??

"Azam , kau dah tunaikan janji ."senyuman paling panjang aku hadiakan buat Azam tanda setuju .

"Alhamdulillah ! Maaa ! Azam nak kahwin Ma!!!!!!!"

and both of us were laughing all that day .....

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
-the end story of Shu&Azam-





-the MR's-

 





 

 
 
 
 
 
 
 

Sunday, February 1, 2015

dak dak jakun

assalamualaikum ...

hey gaiss ! alhamdulillah , aku baru je sampai rumah . tak adalah baru sangat sebenarnye . adalah dua tiga jam lepas . pertama kali dapat balik sendiri weh ! hahaha . lampi pulak rasa . orang lain dah selalu balik sendiri , aku baru terkedek-kedek nak balik sendiri . aku baru je dapat lesen pelepasan mak apak . kehkehkeh .takdelah , sebab apak aku cakap dulu camni , "kalau nak balik sendiri , tunggu form 4 . kalau percubaan pertama tu gagal , jangan harap nak balik sendiri" . dan sekarang , apak mengotakan janji ! yayayayy!! lol . okay , aku over-excited dan jakun sikit bab-bab buat perkara baru ni . maaflah yek?  tak kisah la orang kata aku ketinggalan zaman ke , aku noob ke apa ,  tapi aku kesah apa . yang pasti aku tak langgar pantang larang yang satu tu . huahuaa . aku anak yang baik #tolongjanganpercaya . mak aku awal-awal dah bagi warning bagai baca tu baca ni sebelum naik bas tu . deep inside kan , jujur lah perasan bagi orang baru menjinakkan diri dalam dunia balik sendiri sebenarnye excited nya Allah je tahu . sebab apa ? aku sendiri tak tahu . kehkehkeh . tapi , takut tu ada jugak kan . biasalah , aku bukan biasa sangat ni balik reramai sekali . first experience , katanyee.. lol . perasaan teruja tu , aku kawal sehabis baik tadi sebab kang orang ingat aku  pelik semacam je minah ni . kang teruja sangat , benda lain jadi kang . nauzubillah min zalik eh ? huhuhu .

so , waktu sebelum naik bas tu , macam biasa , kita baca dulu doa menaiki kenderaan . tak kisah lah nak naik kereta ke , train ke , basikal even limousin pun boleh ! huhuhu . untuk apa ? sebab kita mohon dekat Allah minta dipermudahkan perjalanan . lagipun , maksud doa tu sendiri ada menyatakan tentang ni . so , benda ni mungkin nampak simple , tapi , benda simple-simple ni yang kita kena amalkan selalu dan bawa kebaikan pada kita jugak . lepas ni , amalkan okayu? so , keadaan dalam bas tu , ibarat macam sardin dalam tin sardin je aku rasa . packed gilaaa ! dah la campur laki pompuan . yang tak berapa nak aci tu , all the boys yang dapat seat ! OMG . girls kena diri ??!terbalik pulakk~ hahaha . tapi pikir balik , takkan lah nak suruh dorang bangun semata-mata nak bagi kami duduk? memang tak logik lah kan . mula-mula ingat bas laki pompuan asing-asing . tapi pakcik drebar yang baik hati tu suruh kami masuk . overloaded kot aku rasa bas tu. huaa huaa.. tin sardin kepanasan aku jadinye . nasib baik semua budak batch sendiri . kebetulan diri sebelah member aku , memang berborak ajelah aku dengan dia sepanjang jalan tu . lol . lenguh gak kena diri tu , dengan keadaan yang tak berapa stabil tapi terpaksa stabilkan sebab takut ada yang terjatuh pulak nanti .

pada awalnya , aku plan nak beli tiket komuter sampai tbs dengan miera and sayhe . tapi bila sampai sana , tengok-ll ada tiket train sampai segamat . aku tak beli sebab taknak nyusahkan kakak aku yang sudah menunggu berjam-jam kt tbs nuh . dia yang beria nak ajak aku balik sekali dengan dia . alang-alang dia balik , baik amik aku terus . time tu , aku cuak gak lah , sebab takde sapa yang turun tbs . aku pun blur-blur je . lol . alhamdulillah lah , ada sorang tu , turun tbs .so , aku ikut jelah dia cemana . ramai gila yang naik komuter sama dengan aku . ramai stop kl sentral tak silap . nasib duduk koc wanita . selesa + tak ramai orang sangat . cuma , tu laaa . sebelah koc tu koc lelaki . adalah jugak bau smoke smoke tu .*well,this the worst experience* . nyesal pulak amin tempat hujung-hujung . hahahaha . experience seri , experience .lulz . sepanjang perjalanan , sempat lah tidur 5 minit . but after that time , i cant sleep anymore ! even masa tukar komuter dekat rawang sampai bandar tasik selatan tu pun , aku tak tidur . takut terlepas stesen . huaahuaaa . baru merasa naik komuter baru*takdelah baru sangat sebenarnye* . more comfortable la than before . bila naik komuter , tiba-tiba mengimbau kenangan lama masa sekolah rendah dulu . aku start naik komuter waktu darjah 4 kot . time befday rasanya . dari seremban sampai kl sentral . gila jakun aku dulu kot sebab dengar suara perempuan kt interkom tu (ehh) sebut nama-nama stesen yang aku tak pernah tau dulu . aku cuma tau stesen ketapi gemas je.huaaaa huaa.dulu selalu turun kl sentral sebab jumpa kakak aku . and setiap kali singgah sana , mesti beli jam tangan yang rm10 punya.dah aa cecantik semua..smpai sekarang aku simpan koleksi jam-jam tu . walaupun dah 'tamat' riwayat hidup.huaa huaaa~

sampai je tasik selatan tu , i teguih call Ajan  ," Ajan , where are you ? I dah sampai ni haa .. Ajan kt mana?' . kata jumpa depan toilet . dekat 5 minit gak aku tunggu dia depan toilet tapi tak muncul-ll.rupanya ada toilet lain selain toilet depan seven eleven . *kena peka keadaan sekeliling* . before heading to home . sempat lah singgah kfc . lapar punya pasal . dah la tak makan tengahari lagi time tu . makan pun makan keropok beli dkt coop maktab buat alas peghut . memang sampai je kt tbs tu , perut aku dah menyanyi dengan senang hati betul~lalalala ~ singgah kfc berdekatan kt tbs tu , masuk je kereta . terus apak call tanya aku kat mana . parents aku punya risau tu aku sendiri tak dapat jangka . dorang punya tahap insecure and protective tu memang high lah . i mean , parents mana tak risau tengok anak dia balik sendiri ? zaman sekarang ni , susah nak percaya orang . tak usah cakap semua strangers je tak boleh percaya , sometimes , kawan-kawan sendiri pun kita tak boleh percaya 100% . bukan lah maksud jangan percaya samapai taknak kawan or putus kawan . lol .  but , alhamdulillah , nothing bad happen . and sepanjang perjalanan daripada highway seghomban sampai lah gemonceh , aku tidur tak bangun-bangun . huaaa huaaa . penat sangat tu wehh . sampaikan jam dekat nilai pun aku tak sedar . bangun pun sebab Ajan kejut ajak pegi pasar lambak kat Gemenceh . giloo ehhh~

well , this is my first experience . and alhamdulillah . im passed ! so , lepas ni boleh dah balik sendiri kan kan ? hahahaha . kalau bab-bab pengalaman ni , aku lah jaguh menulis . tapi , masuk bab buat karangan BM , agaknya mampukah aku menulis sepanjang ini dengan penuh semangat ? haahahah , hope so can . lol . later , aku update lagi okayh . bababaiii~


Sunday, January 11, 2015

dunia baru*heh*

assalamualaikum ....

bermula esok , blog ini akan mula tak aktif untuk beberapa waktu . harap maklum.

*ayat skema bhaaii*

HAHAHAHHAHAHAHAHHA!

dah nak balik maktab.... and i was like ... seriously dude ? cuti habis ?
lol . hahaha . tapi tulah kenyataannya . esok . balik maktab . haha .masuk form 4 wehh!  duh duhh..yang penting ,

Viewers , doakan saya mampu untuk menghadapi dunia baru . saya mampu belajar addmath dengan jayanya.saya saya kuat nak ubah diri saya jadi lebih baik . saya mampu berfikiran matang . saya mampu bahagiakan ibu bapa saya. InshaAllah , apa yang saya usahakan dalam perubahan diri , saya terus istiqamah .

Serious talk , sebenarnya aku sendiri tak tau sama ada mampu atau tak nak hadapi upper form . dalam dunia aku , banyak perkara yang aku masih takutkan . walaupun sebenarnya , aku hanya perlu takut pada Dia sahaja . Tuhan . Allah .mungkin aku belum cukup kukuh iman dalam dada . mungkin belum cukup rasa cinta aku dengan Tuhan . banyak benda yang tak cukup lagi nak buat aku rasa takut pada Pencipta kita . Allahu Rabbi . teruk nya aku . hahaha *hanya mampu ketawa plastik*

So , naik tahun ni , aku rasa semangat nak berubah . tapi tak suka secara drastik . aku cuba berubah perlahan-lahan . tak perlu dilihat orang pun . biar aku sendiri tahu . biar Allah tahu . itu yang penting . aku tak perlu jadi orang alim ke apa , cuma , berjalan kembali ke agama aku .plus , jadi pelajar yang tak sia-siakan ilmu . yang membuka telinga dan hati mendengar nasihat orang sekeliling . yang tahan dengan segala kata-kata negatif . yang mampu bangun bila jatuh .

inshaAllah .

so , i end my last entry before going back to hostel with assalamualaikum

*p/s; untuk member habbo , Lala,Cr,Nia,Leng,Jenol,Zaheer,Luq,Sire,Dj,Njhan,Akmal,Farhan,Babyoleo,Mark,Medulla,Jojo,Aiden,Azzam and Ez , im gonna miss you alls .seriously . thanks sebab menceriakan hari aku dalam habbo . hahaha . aku rindu korang nanti . percayalah  :')

Friday, January 9, 2015

good dream bad dream?

assalamualaikum....

kebelakangan ini , aku selalu mimpi laa.. mimpi orang yang sama . dalam masa cuti ni je , aku dah mimpi orang yang sama dekat 5-6 kali . bayangkan , 2 hari lepas , aku mimpi dia . hari ni juga , aku mimpi dia lagi . kalau kau lah kan , kau mesti pelik kan . kenapa asyik mimpi orang yang sama berkali-kali . aku pun pelik sebenarnya . nak kata petunjuk , petunjuk apa ? nak kata mimpi buruk , aku tak rasa mimpi tu buruk . sebab situasi mimpi aku tu tak adalah menyeramkan atau mengerikan sampai mimpi orang yang dah tak ada .

dan orang yang aku mimpi tu , orang yang aku kenal sangat secara luaran , tetapi secara mendalam , jujur , aku tak kenal dia macam mana . senang cerita , aku mimpi orang yang aku aku suka . see ? idk lah kenapa asyik mimpi orang yang sama . sama ada dari realiti terbawa-bawa ke mimpi ataupun tidak . hahahaha . bila fikir balik , aku rasa macam kelakar . dalam bebanyak mimpi tu , aku cuma ingat sikit ja . hahaha . tapi semua , mimpi bebaik ajalah . cuma mimpi dia ada dalam mimpi aku . tu aja .

cuma ada satu mimpi ni , yang aku ingat balik kan , aku rasa sedih overdose *dulu je la*. sebab dalam mimpi tu aku rasa happy sebab orang yang sama datang rumah aku . hahaha. gile kauu? crush kau datang rumah kau wehh ! lol . tapi aku tak ingat sebab apa dia datang . cuma yang pasti , sehari lepas tu , i got a very bad news . and since that , aku rasa kitorang dah buat jurang yang sangat dalam antara kitorang .(ni realiti tau) buat aku rasa makin jauh . rasa macam aku kt kutub utara , dia kutub selatan . cenggitu laa.. and sampai sekarang pun . jurang tu , tak ada siapa nak baiki . well , i hope lepas-lepas ni , boleh la build balik our 'friendship' . takkan nak maintain status 'stranger' je . memang time tu , aku mood swing sepanjang hari . i smiled at other . tapi dalam hati . haaaa...banjir wehh! lol XD

aku tak letak harapan apa-apa pun dari mimpi aku . tapi aku buat research tadi kan pasal mimpi dekat laman web ni,

 http://darulmualij.blogspot.com/2014/03/tafsir-mimpi-menurut-islam.html


menurut laman web di atas , aku dapat rasakan mimpi tu cuma mainan mimpi . yelah,mybe sebelum tidur tak basuh kaki ke,solat tak khusyuk ke,lupa baca doa,lupa baca al-mulk,tiga Qul , ayat Kursi ke.tu yang senang dapat mainan mimpi . lagi satu , kita tak boleh tilik maksud mimpi kita tu , takut jatuh khurafat . wallahualam.

apa yang penting , kalau dapat mimpi , kalau mimpi baik tu , rezeki lah kau . hahaha . buat tampal dalam memori . tapi jangan pulak kau mimpi banyak kali crush kau kau kata "Akhirnya , aku dah jumpa jodohku"or "syukur alhamdulillah , Allah dah tunjuk jodohku" jodoh bukan berdasarkan mimpi cik kak abang ...even kalau kau istikharah*meminta petunjuk daripada Allah*pun , tak boleh nak percaya seratus peratus dengan petunjuk yang kau dapat . kau kena istisyarah*meminta pandangan daripada orang terdekat.cth;ibu,bapa* . bila dah rasa yakin , maknanya itulah yang terbaik untuk kau . inshaAllah .. 

:)

Wednesday, January 7, 2015

bad experience

assalamualaikum ....

everyone must have their own bad experience in their life . me too . and for me , yeah . bad experince are harder to forget than good experience . idk why . tapi bila ingat balik pasal peristiwa lama tu , duhh . i felt soo soo ashamed . sampaikan aku rasa pakai blusher paling merah di dunia laa wehh .(heee,,sebenarnye aku sendiri tak pernah nampak muka aku merah sebab aku ni kulit sawo matang nak ke gelap.jadi tatau nak bezakan muka merah atau tak.lol) .

aku teringin pulak nak share pasal bad moment aku yang satu nie . alahaiii... tak pasal-pasal kena tolak moto balik rumah wehh..camni cita dia ...pada suatu hari....... *jet jet hikayat hang li po*

.
.
masa tu , petang . biasalah , petang-petang , adalah makcik makcik yang jual kuih muih pelbagai jenis kan dekat area rumah .lagi-lagi masa cuaca tengah redup-redup,angin sepoi-sepoi bahasa kan . memang tekak dah mula lah hantar komunikasi kat otak pegi beli itu ini . nafsu pun dah mula hasut-hasut kan.dok terbayang kuih pisang goreng yang lazat buatan jenjiran kat sini ni . pastu kuih macam-macam warna . siap ada jual air teh bunga tu wehh . memang aku selalu beli air teh bunga kt gerai depan taman aku tu .

so then , my mom pun macam ada instinct yang sama dengan aku agaknye .  memang petang-petang kol 3 memang waktu lepak-lepak anak beranak . hahahaha . mak aku suruh pi kedai depan tu . tapi dia tanya aku dulu,"yie , lapar tak?nak pegi kedai tak beli kueh?" . maksudnya , dia memang suruh aku pergi sensorang  T.T . nak ajak mak aku join skali memang tak laaa..better duduk rumah..takat gi kedai depan beli pape naik moto tu takde hal pung ... pas siap-siap . nak start motor.and as usual,moto tu macam merajuk sikit dengan aku kot..hahaha...kenalah beberapa kali nak start sebab moto tu macam 'semput' je . and alhamdulillah boleh start .

masa bawak moto tu , aku rasa tak sedap hati sebab tiba-tiba moto tu macam tak nak press laju .
takpe seri takpe . ko bawak je seri .

nasib baik sempat sampai kedai kuih tu . masa tu memang kol 3 petang . dah dok beli kuih feveret aku dengan mak . start la motor macam bese . still lagi macam nak tak nak je hidup . aduss...serius rasa macam nak mencarut time tu . tapi astaghfirullahh..tak bek tak bek . ni ujian duhh...so lek lek je bawak moto.sampai kat simpang , suddenly , it STOPPED ! aku x panik lagi masa tu .

bila aku nak start balik moto , ADUH!!! moto tak nak hidupp ! rumah aku dah la jauh lagi wehhh...
nak panggil orang takut mengganggu sebab yelah kan . waktu mcm ni orang dalam rumah ramai yang tengah lepak-lepak . nak minta tolong orang area situ , takde sorang pun lalu . MASALAH . so , nak taknak , aku kena menyorong moto skuter tu . memang berat . bayangkan , moto berat plus cuaca panas . dah la time tu pakai baju hitam tudung hitam , makk aihhh . bepeluh kemain duhh ! adalah dalam 300 meter lagi rumah aku tu . aku terpaksa ambil route yang jauh dari rumah sebab nak elak lalu depan rumah orang . so , aku ambil keputusan lalu padang bola , dan kenalah jugak lalu depan rumah orang , cuma kawasan tu orang memang jarang-jarang keluar rumah . bukan taknak minta tolong tapi , kalau kau kat situasi aku lah kan , kau rasa malu tak?

haaa..bukan EGO,tapi sebab MALU . aku ni sebenarnya pemalu okay*uhuk uhuk* . lagipun , bukan tak mampu aku nak menolak motor tu sampai rumah . tak mati pun kalau aku tolak . ngeee . konon sado . eceh ! masa aku tolak tu , sebenarnye aku tak perasan ada sorang pakcik ni dekat dlm rumah dia , sampailah aku stop kejap dan toleh belakang . and i was , maigaddd!aku harap pakcik tu tak tegur dan tak ingat aku! hahahaha . malu siot kalau kena bahan . hadoii.. time tu gak , aku nampak ada jiran aku nak gi kerja . entah kenapa aku rasa best pulak lihat kuih-muih yang aku beli dekat dalam bakul depan moto . sambil dalam hati 'aisshh..cepatlah acik ni gi kerjaa' . hahaha . waktu acik tu lalu sebelah aku , aku senyum je . kete dia dah takda , aku guna kudrat aku ada nak tolak moto tu lelaju sampai rumah . gila aaa..tiba tiba jadi macam pelari terpantas dunia pulak . tang mana tah dapat aura pecutan laju tu .

terpaksa ikut gate tepi rumah . sampai je kat rumah . aku terus terbaring depan tv , penat nye masyaAllah . Allah je tau wehh . macam baru pas buat latihan angkat berat . lol . aku cita kat mak aku kena gelak jee...ngeee..sejak tu , berhari-hari gak la aku tak kuar rumah .


ni baru 1 percent dri bad moment aku . hahaha . tapi memang lah , kena servis motor tu . bab-ll srvis ni , apak aku pandai laa..hihi..pesanan buat anda yang mempunyai kenderaan , sila servis kenderaan anda selalu untuk memastikan tidak berlaku sebarang gangguan semasa menggunakan kenderaan anda . pesanan ikhlas daripada penaja . ty for reading ! :D


Tuesday, December 30, 2014

bila tengok gambar lama

assalamualaikum...

korang pernah tak , tengah syok scrolling Facebook korang , tiba-tiba nampak muka kengkawan lama korang?pastu , korang teringat , "eh?dulu dia ni bukan cantik cam gini ke?asal sekarang dah lawa semacam?" pastu , hati korang tergerak nak tengok balik gambar lama dia masa sekolah dulu . semata-mata nak mengingati muka lama si kawan korang yang sorang tu . mula lah bukak album masa skolah rendah dulu .. selak-selak..and now , the throwback journey...

begin.....

sebenarnya motif korang selak album lama , bukan setakat tengok gamba si kawan , tapi tengok balik kenangan lama masa dekat sekolah dulu . nak mengingati sejarah kanak-kanak korang tu . satu-persatu kau selak . tiba-tiba muncul pula gambar korang sendiri..BHAHAHAHAHA!!!masa tu kan , kau tengok muka kau suci gileeerr...tak ada JELAWAT.flawless.masa tu , ada yang tengok diri sendiri lagi gemuk kalau nak dibandingkan dengan keadaan korang sekarang ni. ada yang dari kurus,tiba-tiba sekarang dah jadi macam belon bulatnye..dan yang paling ketara...dulu korang rasa diri korang huduh tahap gaban . tapi , sekarang ni , makk aihh..lawaa gituww~(bagi yang perempuan ajelah)..yang lelaki bertambah-tambah hensem dan sado.makin naik sasa gitu..lol ..cuma , tulah . muka dah tak flawless macam dulu disebabkan hormon korang dah berubah . now , uolls dah capai tahap puberty . banyak berlaku perubahan dalam diri kau sekarang ni . kalau dulu , korang kecik . sekarang ni..dah besar rupanya..ishh ishh..memang puberty banyak mengubah korang ..

then , korang tengok pulak gamba kengkawan ribena korang . tiba-tiba sebak ehh .. *ambil tisu sekotak* . kau tenung satu persatu gambar mereka . kau belek-belek , dalam hati,'budak ni , dah besar rupanya' . kau rindu kawan-kawan kau..masa dulu,nak berkawan takdelah sesusah sekarang . like , u know , kau berkawan dengan budak-budak yang mentah mcam kau..yang tau duduk main kejar-kejar sana-sini...menangis sama-sama . kena marah sama-sama . hahaha..

aku tadi sebenarnye , bukak balik fb lama skolah aku . konon sesaja fefeeling throwback kan?hihi..kalau korang tengok gambar aku masa skolah dulu mesti tak caya...sebab apa?sebab aku sendiri tak percaya aku dah begitu matang AHAHAHHAHAHAHA!
masa ni , sukan tahunan kot.aku kena jadi maskot lebah lah konon
untuk rumah kuning
tapi,x menjadi mana pung.....T.T



fefeeling jadi bomba kot masa ni..hahahaha...aku dapat lah merasa padam api . 
panas gila pakai baju tu..tambah dengan bahang api yang tengah marak
perghhh

so i think , sampai sini je kot?haahhaa..okabai

Saturday, December 27, 2014

HAbbo

assalamualaikum ...

waahh..lama pula rasanya tidak mengemas kini blog ini .(ayat skema tahap gaban) . sebenarnya ada banyak benda aku nak update . cuma tak terajin nak menulis sebab aku sibuk dengan dunia habbo . lol . baru berjinak-jinak dalam dunia game ni kan ... kena cari hobi baru sekarang ni sementara menunggu sekolah buka . aigoo~ da nah start sekolah da? bersiap sedia kawa-kawan semua~

jadi , untuk hari ni , aku tergerak hati nak story pasal life aku kt habbo . siapa yang ada Facebook mesti tau game The Sims kan? ataupun dulu ada satu game nama iMingle(kot) . habbo ni macam imingle tu jugak . kita ada karakter yang kita boleh reka sendiri . and , kita boleh chat dengan sesiapa ja . and chat tu appear dekat screen on the spot . cuma itu lah , pening sikit . lagi-lagi kalau tengok yang pakai colour chat . ada mcam-ll kaler sampai aku sendiri rasa nak pitam . hahahaha . dekat habbo , kau boleh jadi the other side of you yang tak pernah kau tunjukkan dekat orang . contohlah kan , in reality , kau baik . but in habbo , u're naughty a little bit . kalau kau nak rasa macam mana orang hadapi dengan perangai kau yang satu lagi tu , jinak-jinakkan lah diri tu main game mcm gini . tapi seeloknya , kita jadi ja diri kita sendiri..sebab habbo tu diwujudkan untuk kenal orang lain dalam version game . aku join Habbo since 2013 (last year lah kan ) .itupun sebab ada sorang senior aku kenal kan dekat aku . lol .so at first , memang aku rasa mengarut lah habbo ni kan , lagi-ll masa masuk je , terus pening tengok chat orang sana-sini , hahaha..cuma start cuti ni ja aku mula aktif kembali dalam habbo . dan aku kenal , ramai juga orang . kenal bermacam ragam orang.

cuma dalam habbo ni , kau kena pandai bergaul aja . jadi diri sendiri . hahaha. aku pun dulu , ada masuk satu room namanya MHS nie . kat sini semua  orang malaysia . atau pun senang je nak jumpa orang malaysia . ade juga room dari negara lain . its up to you guys nak pergi mana-mana room.aku buat kawan dekat habbo . walaupun tak semua aku tegur sebab aku ni jenis tak geti nak hidupkan perbualan . lol . dan , selama dua minggu ni . hahahaha . aku masuk 'kerja' dalam habbo . dan 'boss' aku tu nasib baik lah orang malaysia semua..kalau nak cari pendapatan lebih , kerja lah.hehehe..since masuk situ , aku rasa macam aku kerja betul-betul pula (in reality) . memula tu aku memang noob lah bab-ll mohon 'kerja' ni .

kerja apa?hmm..mula-ll kena urus orang yang nak msuk kerja dekat kaunter . kena promote orang kerja kt tmpt kita .layan kerenah klien . lol . aku cakap ni macam betul-ll kerja pulak . tapi , memang betul .ni baru dalam dunia maya , belum nak hadap realiti kerja tu . tempat kerja tu aku panggil MIA..sebabkan tempat tu baru bukak , so owner dan pangkat-pangkat tinggi untuk office MIA tu on . so , aku dah kenal dah semua boss aku kt situ .first skali , aku kenal Jenol kt situ.dia nipu aku . kata dia 10 tahun . mati-matian aku gelakkan dia sebab dari cara dia bercakap tu mcm orang dewasa.rupenye,,memang betul lgi tua daripada aku.then , trainer aku,Akmal.owner Zaq,azve,akim,muhd,Leng a.k.a Syaz.hahaha..mcm kelakar pulak aku cerita pasal habbo....aku rasa kan , naik sekolah nanti , benda yang aku akan rindu ialah office MIA . orang-orang kat situ . hahaha . seriously ..

tapi , aku sarankan , dont trust people in habbo easily . sebab dia strangers . kita stranger juga . just have fun dalam habbo . cuma jangan terlampau percaya . hahahaha...okay . tu je kot . lol . nite!



nilah sebenarnye MIA !

Saturday, December 20, 2014

tawakal

assalamualaikum...

                                                             

esok ambil result lah kiranya . waaaa!! da nak ambil result ? srsly i said . pt3 memang gila . pressure sana sini . ingatkan dah habis exam boleh la tak pressure . rupanya Allah bagi ujian lagi . ujian apa ? ujian perasaan dan hati dan fizikal dan mental . rumors yang berkembang biak dekata merata tempat niee meman gbetul menguji minda dan fikiran . memang tahun ni aku rasa tahun paling banyak ujian since awal tahun .

 ada kala satu ujian tu aku mampu hadapi . tapi adakala aku sediri lemah . memang banyak laa.. haha . kalau nak list tu , memang sampai seminggu tak habis . baru-baru ni pun terima ujian lagi . dan aku hadapi dengan ..yeahh .. hadapi dengan tak terlalu mudah . tapi alhamdulillah . i stand on reality . bila kena ujian . memang , kena nangis semua bagai . but let's hold on the Holy Quran verse in surah Al-Baqarah,286 which means "Allah doesnt force anyone to do beyond what is within his capacity" . aku tak tau kenapa aku suka sangat ayat ni . yaa.. penguat semangat . kalau aku tak kuat , aku takkan diduga dengan bermacam-macam ujian kan ?

so , for the upcoming result , im trying to be as cool as I can . apa yang aku dapat , itulah yang termampu aku . you guys pun(for those yang amik pt3) . kita dah buat yang terbaik . apa yang keluar , itulah usaha kita . we still can improve it in the future . aku pun masih kurang pasti sama ada aku kuat ataupun tidak . wallahualam . kita cuma berserah dan tawakal . ini cuma baru ujian sikit , kan ? Good luck for ninerss! Army ! of course .its already 1,20 am. ahahahaa . gudnite semuaa..esok saya dh bertolak ke putrajaya . lusa baru gi maktab techenta .lol . haha . assalamualaikum

Wednesday, December 17, 2014

culik bapak

assalamualaikum....

"Yie,kenapa susah hati ni ?"

*sengih*

"nak chicken chop?jap lagi la apak beli"

apak , aku tak tau dia ada kuasa apa . hahaha aku dalam hati dah melonjak kegumbiraan dah .hahahaha . cepat betul aku cair dengan tawaran apak. apak , my man kan ?

bermulalah kisah kami dua beranak(ehekk) . dengan syarat aku nak bawak moto pulak kali ni memandangkan kedai cikencop tu kek simpang dopan yo . bukan jauh mana . tapi , sebaliknya , bapak bawak aku . dan aku bawak time dah nak balik dari kedai tu . aku memang jarang spend time dengan apak berdua dengan apak . aku memang kinda manja sikit dengan apak . i mean , normal anak perempuan bongsu manja dengan ayah dia kot . cuma , aku kurang borak-borak pasal life aku dengan apak . sebab aku segan plus weird nak cerita-cerita . hehehehe....

cuma , waktu tunggu cikencop dengan roti naan siap . aku dok ngeteh(ngeteh tu macam duduk-duduk lepak sambil minum kopi\milo tarik\teh tarik atau makan dengan seseorang dalam bahasa jawa nyee)  dengan bapak kat kedai tu . lama lah jugak . duduk , tengok kereta lalu lalang . tengok trafic light . nak tengok bintang , satu bintang pun takde . katenye malu-malu ayam nak tunjukkan diri . ceh ! tengok masyarakat gemas macam mana malam-malam . tengok askar-askar lepak dengan geng-geng dia sambil tengok berita . dan aku , dan bapak , duduk kat tempat jauh sikit dari orang sebab ramai perokok ramai dekat situ . barulah dapat hirup udara malam yang sejuk .

and the clock start tick tick tick......hailaa..lama gila ini orang bikin itu menu . tah macam mana aku dengan apak borak-borak pasal macam-macam lahh..pasal result yang nak amik minggu depan ni , pasal perkara yang aku tak pernah bincang dengan dia pun ada . ngehh ngeeh ngehh . aku sendiri pun tak sangka aku boleh borak cenggitu sekali dengan apak . aigooo~siap sempat lagi tu apak borak dengan tauke kedai waris tu . heee .

before balik aku cakap lagi nak bawak moto . tapi dia kaa tunggu dah nak sampai taman . aku dalam hati heee...rasa nak melonjak keriangan je kt situ . lol . bukan kejap kot aku bawak apak pusing-pusing taman . malam pulak tu! 'sorry mak,i curi apak kejap'. taman aku takdelah besar mana . cuma aku saja nak bawak apak jenjalan dekat kawasan taman yang baru buat sebelah taman aku tu .rumah cantik-cantik semua . tengok pun dah ramai orang duduk . alhamdulillah , takdelah sunyi sangat . bila dalam situasi tu , aku teringat pulak waktu kecik-ll , apak rajinlah bawak aku naik moto pusing taman . dari zaman duduk dekat bakul depan moto sampailah duduk belakang dia . lewl . ada sekali dulu aa , time kichi kichi , aku tak ingat sebab apa aku nangis tapi apak pujuk aku dengan bawa aku naik moto malam-ll . mase tu , muka aku habis lencun aa dengan air mata , sampai baju-baju aku semua basah sebab air mata banyak sangat . lol . and now , aku pulak bawak apak . ngeee ~ driver baru apak . lol . saje je ajak apak cuci mata tengok perumahan baru . bila aku rasa macam terlepas dari dukalara , barulah rajin nak bawa moto balik . apak pun dah sejuk . kang dikata aku dera apak pula .


sampai rumah , mak tanya ,"ayie bawak apak lari mana haa?? " . and the rest , is story.hahahahahhahaha.


*p/s : harini paling malang sebab kena sorong motor guwe sorang-sorang time balik dari kedai . walaupun takde orang time tu , tapi aku masih terasa maluuu T.T

2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...