Monday, May 26, 2014

bukankah kita diciptakan untuk mati ?

assalamualaikum...

aku tak tahu kenapa aku pilih tajuk tu sebagai entri kali ni . hahaha . dah lama aku tak post entri . yelah , balik pun jarang-jarang . so , jarang-jaranglah aku update . hee sory

muhasabah diri sekejap .

kita memang diciptakan untuk mati. tak percaya ? banyak bukti ok ? setiap yang hidup , pasti akan mati :) . tak ade sesiapa yang dapat menidakkan kekuasaan Allah SWT . Tapi , muhasabah amalan kita pula . cukupkah amalan kita nak hadapi mati ? berapa banyak beza amalan baik dan buruk kita ? kalau cukup banyak nak beratkan amalan baik kita , takpe jugak . tapi kita sendiri tak tahu bukan . Subhanallah . Allahuakhbar . Allah sembunyikan berat amalan kita , sebab dia nak hambanya berusaha nak dapat pahala . lagi besar , lagi bagus . betul tak ? ^^

aku pun , banyak nak kena perbaiki . aku ni ibarat rumah yang banyak lubang . bila banyak lubang , senanglah air hujan masuk dalam rumah . senanglah binatang nak masuk dalam rumah dan musnahkan isi dalam rumah aku . macam mana aku nak baikinya adalah dengan berubah . semakin aku cuba mendekati jalan yang benar , semakin banyak lubang yang dapat aku baiki . sedikit sahaja kaki aku menapak ke jalan yang salah , satu lubang baru muncul .

so guys , para mujahid dan mujahidin sekarang , bila orang tegur ke arah kebaikan , ikutilah , kerana ia boleh bawa anda ke syurga yang begitu indah . ingatan untuk diri sendiri juga :)

No comments:

Post a Comment

2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...