sepatutnya entri ni dah lama aku tulis . tapi tangan aku tak rajin lah pulak nak menulis . dah lama jugak aku tak update blog ni. kesian . dah berhabuk . haha . maaflah . sebab sekarang , aku betul-betul ready nak update pasal ni . tengok gambar , mesti korang tau aku nak cakap pasal apa kan ? tapi , aku tak boleh peluk dia macam dalam gambar atas ni . sebab dia lelaki . okay . jangan salah faham . korang pun mesti ada sahabat lelaki juga kan ? macam aku .
first impression kalau kau tengok mamat ni , mesti kau ingat dia ni budak nerd gila babi . haha sorry termencarut pula . kau nampak dia biasa je . sebab dia nampak suci . and yes , DIA MEMANG SUCI . ini adalah satu pujian . aku tak pernah terfikir akan berkawan baik gila dengan dia . waktu form 1 , dia senyap je . tak macam lelaki yang lain .dia bukan jenis otak kotor ( i guess) . itu aku respect pasal dia nie . atas kepala jarang tinggalkan songkok dia . hoho . muka datang awal ke surau ( ehek .. kantoi usha,mengong aku nie) . start form 2 , kenal-kenal biasa jer . sebab waktu tu , dia saxophonist , aku clarinetist . tempat kitorang tak silap aku sebelah-sebelah je dengan dia ni . tapi , still segan-segan nak borak lagi . lagipun , ada gaps nak bezakan saxes and clarinetist punya tempat duduk . lol . waktu tu , dia selalu dapat pujian dari semua orang . and yeah , aku akui aku cemburu dengan dia . walaupun dia hanya seorang lelaki . lol . haha .
bila dia dah mula memegang oboe , waktu tu . aku jadi rapat sangat dengan dia . aku dapat rasakan chemistry between us . aku tak tahu mana wujud pertalian chemistry tu . tapi , ianya menakjubkan . sebab wujud dalam tempoh yang singkat. dalam masa lebih kurang setahun . lagipun kali ni , aku duduk betul-betul sebelah dia . jadi senang sikit communication tu . and satu chemistry yang best adalah , dia bawa virus Frozen dia sampai ke aku . lol . punya fanatik dia dengan cerita frozen sampai kitorang buat persembahan dengan dua orang members kitorang lagu Frozen yang digubah sendiri oleh dia nie.hebat punya manusia dia ni . ingat lagi , dia sanggup gubah lagu untuk 4 jenis alat muzik ; clarinet,oboe,saxophone dan flute. Wind Quartet . haha . tu nama first grup kitorang . aku rindu waktu tu . sebab time tu , aku rasa semua orang tolong aku . yelah,dalam grup tu , aku sorang je perempuan.kena berdepan dgn problem cikgu.sampai nangis aku sebab dengarnya persembahan tak jadi sebab aku perempuan dalam grup tu.sedih woi ! dan Alhamdulillah,berkat pertolongan beberapa orang , aku dapat jugak buat persembahan . haha . it was the worst and best day ever ekceli . ahha <3
aku selesa kongsi masalah dengan dia . selalu dia jadi orang tengah kalau aku nak suruh kirim salam dekat..... haha . dekat sesapa jelah . lol .sometimes , he just a music teacher to me . tapi kekadang , aku lupa gak apa dia cakap . huhu . maaf yea ~
tapi aku ingat , bila first time , dia kata dia kena pindah . aku terus , kaku . diam . blur . dan menangis . depan dia . tanpa segan silu aku pamerkan air mata depan seorang lelaki . murahnya air mata aku waktu tu .lantak pi lah . bukan kesalahan pun kalau aku nangis disebabkan sahabat aku . dalam fikiran aku cuma , ' kenapa secepat ini ?' . dan mood aku hilang .
nasib sempat buat persembahan terakhir dengan dia , cuma , aku tak duduk sebelah dia waktu hari terakhir tu , itu yang aku kesal sebenarnya . sebab posisi aku dah berubah . haha . turun pangkat =='.
dan hari terakhir tu , i cant stop crying . continued crying like a kid . thinking tht was the last day before he left the school . sampaikan aku ingat lagi kereta dia tinggalkan maktab . aku tengok . dan aku tengok muka Rais waktu tu.sedih . aku rasa apa yang dia rasa.. tapi at least , dia boleh spent time lebih dekat dorm . hoho .
waktu last day tu , aku sanggup tunggu dia dekat kafe.sempatlah jugak aku gi jogging , main squash semata-mata taknak buang masa dengan menagis.lol..tiba-tiba je , aku nampak dia keluar dri aspura dengan membawa ... TOILETRIES SAHAJA .. 'mana yang lain?kau nak pindah takkan kau bawak toiletries shj?abis tu , baju-ll kau takkan buat bundle kot?'.itulah persoalan aku . haha . subhanallah . rupanya ada satu batalion bdk lelaki follow dari belakang . everyone bawak barang dia walaupun satu barang . tu lawak ok ? katanya nak bagi pertolongan terakhir . haha
untuk sahabatku , Rafiqi Akmal . aku hadiahkan entri yang tak seberapa ini buat kau . jagalah diri kau di Boston sana . muga benteng iman kau sentiasa kukuh dan tidak terpesong . itu sahaja . ^^
-sahabat yang merindui-
ni gambar yang sangat tak berapa nak candid sebab ada orang pecahkan belon depan kami waktu tu . lol


No comments:
Post a Comment