Thursday, June 11, 2015

a very bad day for me T.T

assalamualaikum ...


aku rasa dah lama tak menangis macam bayi yang meminta susu ibunya (erkk..bayi pun kalah gaknye ) . dah lama dah kot aku tak menangis sampai menggeletar satu badan for an hour . ahahahha . fyi , i ni , bak kata orang jawa , i ni CEMBENG . yah . i admit it . if you know me , you will see me crying a lot after a few second i laughed . i mean , dalam masa sekejap je , i dah boleh tukar mood . huaahuaahuaa . aku cepat tersentuh dengan benda-benda sentimental perkara tu hanya sekecil sel di dalam tubuh *aikk* . i kenod see something yang akan ada kaitan dengan kasih sayang and so on . aku cepat meleleh . tambahan pulak , it happens infront of my eyes kan .

tapi hari ni ,
i cried ,
just because,
kittens died .

kittens baru jumpa malam semalam , masa tengah sembang-sembang dengan keluarga dekat meja luar rumah . bayangkan , kau tengah gelak huhahuha dengan family kau , suddenly ada bunyi "ngiauu" dekat dengan kau . kau mesti stop semua benda nak fokuskan dekat bunyi tuh . i thought aku sorang je dengar . rupanya mak apak along aku pun dengar jugak . mase tu an , dalam hati ,'eh , ada kucing ke ?' . kali kedua mengiau,'ehh , jangan kata ada anak kucing kat rumah' . ekceli aku dah excited dah time tu sebab finally , i've got kitten!tapi bila fikir balik , kalau cakap ngn apak nak bela ni , memang kena reject habis . hahaha . apak anti-cat banyak . plus , i have asthma kan . alah dengan bulu but i never care about it sebenarnya . i really really love cats . kalau tak sebab asthma , memang aku akan bela kucing . but nvm , mybe ada hikmah kan kan ?

bila cari dari mana datang bunyi anak kucing tu , i found it bawah kuali besar ! under the sink ! ya Allah ! yang aku kecut sikit tu , bila mak kucing tu dok eyes-contact dengan aku directly . apa dia ingat aku nak bunuh dia ke ? hey ! aku penyayang orangnya tahu ? jadi mintak tolong along alihkan kuali tu sebab nak tengok dengan lebih jelas en . bila along angkat , pofff ! omaigaddd ! they're so cute . dorang duduk bergelumang sesama sendiri dekat dengan mak diorang . newborn kittens . aku rasa baru berusia sehari lebih . so sweet ! sifat keibuan aku mulalah bertandang di hati . mesti sejuk kan ? sebab tu dorang tindih menindih sesama sendiri . nak dapatkan kehangatan . but suddenly , mak dia lari !!!!! nak kejar tapi kucing tu lagi cepat dari aku . aduhh . at first , apak suruh buang je tapi aku ngn mak tak sampai hati pulak . letak dalam baldi sekejap sementara cari kotak last-last rembat je kotak yang ada dalam rumah . ada 4 kittens . bak kata mak kan , baby semu cute . kalau tak cute , dah lama kena buang . ahahhahahaaha . mula-mula aku memang tak pandai nak handle kittens tu sebab terlalu kecil . takut salah pegang , benda lain jadi kan . so we left it on the box dekat tempat tersorok sikit sebab takut kucing jantan cari . hohohoho . sememangnya anak kucing tak boleh terdedah dengan si jantan-jantan ni kang kena makan pula . aiyooo~

so pagi tadi after wake up terus tengok kittens 4 ekor tu dekat luar rumah , yah , biasalah pepagi kan , tidur je memanjang . i took a look at them . i stared at them . perasan sekor tu tidur dalam gaya yang lain sikit , nampak kaku lah berbanding yang lain tapi tak tahu ekceli kucing tu dah mati . tapi i assumed yang dia tidur memang macam tu . so i just ignored . tapi lepas tu ada jugak jengah-jengah and nampak mak dia ada dalam kotak . rasa lega sebab kucing tu jumpa anak-anak dia . aku takdelah maksud nak pisahkan anak-anak daripada dia just giving a better place for them . tapi masalahnye , bila kitorang takde , dia datang , bila kitorang ada , dia cabut lari . even cuma nak buka pintu nak gi sidai kain je pun lahaii~ kalau aku boleh bercakap dengan kucing memang aku suruh dia stay je susukan anak-anak dia .tak payah lari-ll . aku rasa lah , kucing tu first time beranak . sampaikan anak dia mati sekor *masa tu aku tak tahu yang ada sekor dah mati* pun tak perasan . kasihan . 

tengah lepak-lepak kat dalam rumah , tiba along cakap "Yie , kucing mati dua ekor Yie !" huhh ??? really ? aku rasa baru sejam lepas yang sekor tu gerak-gerak lagi . tapi aku tak berani jengah sebab huaaa . cuak . aku semua benda cuak kalau first time . aduhh . lagi satu , aku berharap yang mak dia ada kat situ dan boleh bawak pergi anak-anak dia yang dah innalillahiwainnailaihirojiun tu . rupanya , everythings kita kena handle . hati memang nak kebumikan tapi entahlah , bukan sesaja biarkan dia , aku rasa sangat berdosa sebab biarkan jasad dia terlalu lama . about 4-5 hours . nak suruh along , dia keluar pulak time tu , nak minta tolong apak , memang kena tunggu sampai apak balik kerja . aku ada jengah sekejap kittens tu around 3pm . and i found that one kitten is missing ! im prettttttyyy sureeee yang mak dia bawak lari sebab lepas tu lansung mak dia tak datang . dah kesian sekor kitten ni dok ngiau-ngiau . so , bila apak dah balik tu , aku kabo kat apak anak kucing tu dah mati , apak diam kejap . mula dia suruh aku handle sendiri gi tanam ke buang kat gaung tepi rumah tapi tak sampai hati sayang ! cuaca pun macam memahami isi hati aku kan , hujan renyai-renyai je . ya , mereka binatang . tapi still makhluk Allah . diorang pun ada feel macam kita jugak . cuma kita je manusia , tak faham mereka . 

entah kenapa hati ni berat sangat . masa nak ambil kittens yang dah mati tu letak dalam plastik , aku berhenti kejap . aku sebak . sebak sangat-ll . seekor anak kucing yang masih hidup tu , tidur atas badan adik-beradiknya yang dah mati . syahdu sangat . aku tahu sejuk , aku tak tahu dia boleh feel ke tak yang adik beradik dia dah kaku . it still cant opened its eyes . kalau dia celik , mesti dia sedih jugak . duduk dalam kantung ibu yang sama berbulan-bulan . pasti naluri siblings tu ada . dia kucing , aku tak boleh faham dia . dan aku sangat-sangat sedih . *aku pulak over* . start tu , aku mula fikir , apa rasanya bila siblings dia tak ada ? bila mak dia tiba-tiba hilang macam tu je ? kuat tak dia ? im too desperate letakkan diri aku dalam diri dia sampai tak boleh lansung nak angkat all the died kittens letak dalam plastik before kena tanam . berapa kali apak desak suruh aku angkat tapi aku tak boleh . apak yang angkut memang taklah . aku cuma tahu menangis je depan kittens tu . dasar pengecut . luckily masa tu along dah balik , and he laughed at me . aku rasa huduh gila muka aku masa tuh but urghh idc . mintak tolong along angkat kittens letak dalam plastik and masa tu apak dah gali tanah nak tanam kekucing tu . aku ? heh ? berdiri kaku membiarkan air mata mengalir di pipi . aku memikirkan nasib kucing yang sekor tu je . aduhh ~ aku cepat-cepat cari tuala nak cover kepala konon nak gi tengok 'pengkebumian' kittens tapi tak mampu datang dekat . cuma mampu tengok 20 meter dari jauh je . sambil nangis-ll . masuk rumah , i hugged my mom and started to cry . nak kata merengek , hampirlah . lencun bahu mak aku . mak tanya "kenapa nangis teruk sangat ni ?" but i couldnt talked . cuma suara menangis je mampu aku keluarkan . mak tanya banyak kali . but still couldnt . i've tried to talk , "kessiann kucing tuu maaa .... adik beradik dia matiiii. " aku perasan mak nak gelak besar tapi tak sampai hati . hahahahhaha . umoq da 16 tahun peghangai kalah budok-budok .haaaa . mesti mak aku pikir camtu . nama je budak bio , suruh pegang kucing mati pun nangis bagai nak rak .alahai ko ni seri~ sentimental benoo~masa tuh abang aku dah terkekeh-kekeh gelakkan aku dan aku rasa nak hempuk dia guna kuali mak . kurang asam punya abang ! adik tengah berduka lari dia boleh gelakkan aku . cis ! aku dok tertunggu-tunggu mak dia datang . kucing tu lapar . tak ada cara lain , kucing tu diberi minum susu nespray and i know , susu tu tak sesuai untuk kucing . nak cari susu kucing tengah-tengah maghrib tu memang tak sempat lah . tempat aku bukannya ada kedai jual susu kucing . kami bagi dia minum guna sudu and putik kapas . tu je yang mampu masa tu . memang susah . aku doa sangat-sangat kucing tu tak apa-apa . nothing happens on it . aku doa sangat mak dia datang malam ni , tengok anak dia . susukan dia . it need you lah mummy .

 kalau esok pagi tak ada rezeki kita jumpa lagi , mana tahu kan mak kau dah bawak lari kau , mungkin aku nangis . tapi kalau tu je cara yang terbaik supaya mak kau tak berpisah dengan kau , tak apalah . cuma , terima kasih Ya Allah , Kau pertemukan aku dengan those kittens . walaupun sekejap :') . okay dah tak larat nak menaip sebab dah pukul 1.30 am.hahahahah . see yaa ! and thnks ! sebab baca kisah kucing aku yang tak seberapa ini ^^

No comments:

Post a Comment

2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...