Monday, November 24, 2014

Experience :) part 1

assalamualaikum.........

finally , im homie !! ya Allah ! leganya dapat balik rumah . ngko giler tak penat . baru jadi PA sehari weyh ! actually , more to Family Assistant kot . sebab aku rasa aku banyak merantau dalam uitm tu nak cari tempat duduk dalam dewan . sambil-sambil tengokkan makcik aku yang join kitorang satu family . fuhh fuhh .

aku rasa selama seminggu ni , aku rasai banyak pengalaman bermakna . seriously , i miss band camp .nak campak balikkk masa tu ! aku kurang berminat dan kurang enjoy waktu slot konsultan tu . sebab aku dah boleh agak trick dia . jadi , tak syok . lgpun,aku tak nampak apa aim or what is the point of the slot . still dont get it till now . lol . cuma slot last tu ja yang best ,sebab gabung semua ahli . walaupun at first , tugasan suruh buat alat muzik guna barang terpakai agak mengarut (kamarul siap cari buluh konon nak buat reed clarinet.hokhokhok ) ,tapi alhamdulillah , slot tu yang berjalan lancar . adalah jugak bunyi muzik tu . lepas habis slot konsultan , gebusshhhhh !!! MAIN AIIRRRR !!!!!


kak myn paling menyerlah sekarang nih . hahahaha !
>.<


ada orang terapung dibelakang tue ~~




 sila cari makcik seorang di tengah-tengah lelaki . dia dipeluk beramai-ramai.tolong dia !!
*jgn salah faham , dia lelaki , okay ?*


seronok memang seronok , tapi sebab seronoklah , aku demam esoknya . Bagi budak yang selalu sakit macam aku ni , benda tu aku dah boleh handle sendiri . takat demam , selesema ,tu dah jadi lauk buat aku sejak kecil . kesian oboist baru tue , dia demam , aku takde ubat . maaplah yer~kali ni takde stok ubat . hehehe .

bercakap pasal pengganti Rafiqi , aku bersyukur sebab dia yang jadi penggantinye . sekurang-kurangnya , aku takdelah sedih sangat . just , sometimes , aku ade lah rasa sebak bila teringat memori dengan Piqi , dia partner gosip , tukang dengar cerita aku , jadi orang tengah , and dia faham bila aku buat lawak , good advisor . until now , eh ~bila aku kena tukar balik ke position lama ,perasaan aku 50/50 . tapi aku tolak sejauh mungkin perasaan gambira+teruja+sedih+takut semua tu.dan aku seboleh mungkin tak campurkan urusan tugasan dan pribadi.tu janji kt diri aku . for new partner kiri , good luck dalam memainkan alat baru . u need more practice . fighting ! 

bagi aku , kem ni yang paling bermakna untuk form 3 macam aku .mungkin , ni kem terakhir bagi kami . tapi aku doa ini bukan yang terakhir untuk kami . haha . korang pun sama-samalah doakan supaya semua form 3 band dan batch dapat result gempak dalam pt3 . tak payah semua keluar . bagus ! 

 . 







Wednesday, November 5, 2014

cuti yang...

assalamualaikum ...

dah lima hari aku terperuk dekat dalam rumah . atau mungkin enam . cuti ni , aku banyak spend time on laman sosial . dan Habbo . nampak game macam kuno . tapii hey ! at least kenal orang bermacam ragam . mungkin, hari-hari aku update blog . kehidupan sekolah biasa dengan sekolah asrama gila lain weyh . Jujur , aku rindu asrama . walaupun tak ada fon canggih , tak ada internet , tak ada katil empuk , tapi aku bahagia . sebab at least , aku ada kawan dekat sana . dekat rumah , entahlah , aku dah terbiasa duduk macam anak tunggal . terlalu lama hidup tak ada kawan dekat rumah . jumpa kawan cuma dekat sekolah je . kawan dengan mak dengan kawan dengan orang sebaya kita lain . kau pun rasa lain kan ? jiwa aku jiwa muda . entahlah , aku rasa bila setiap kali aku cakap dengan mak , aku rasa kosong . kadang-kadang aja . tak selalu . people never understood .haha

aku mengamalkan gaya hidup yang sangat tak sihat . bangun pagi , tengok tv sambil breakfast . petang-ll , baca buku yang ada kt rumah . kebanyakkan , buku-ll sejarah . sebab novel cintan cintun aku dah khatam dekat rumah ni . tinggal buku-ll apak je . walaupun mengantuk , tapi , setiap kali baca . dapat jugak ilmu . walaupun sikit . malam , aku on habbo . jumpa mcm2 jenis orang . lol .walaupun cuma game.

kakak pun sekarang da start kerja . bz je . susah nak contact . tapi , at least , dia telefon aku . along ? entahlah . aku selalu fikir , kalau sekarang ni aku tengah sambung belajar dekat U mana-mana , boleh jugak aku duduk dengan dorang . aku nak jaga along . lepas apa yang pernah jadi , aku cuma taknak benda tu berulang kembali . tentang apa ? biarlah rahsia . dia hidup bujang . no one can take care about him there . aku harap dia tak pernah lupakan siapa aku sebenarnya dan siapa dia sebenarnya sebagai abang untuk aku . inshaAllah dia tak lupa .

esok kot aku update lagi . nak meneruskan sesi menggemuk dulu ! haha . bye ^^

Tuesday, November 4, 2014

jasadmu pergi,jiwamu disini

assalamualaikum ..



sepatutnya entri ni dah lama aku tulis . tapi tangan aku tak rajin lah pulak nak menulis . dah lama jugak aku tak update blog ni. kesian . dah berhabuk . haha . maaflah . sebab sekarang , aku betul-betul ready nak update pasal ni . tengok gambar , mesti korang tau aku nak cakap pasal apa kan ? tapi , aku tak boleh peluk dia macam dalam gambar atas ni . sebab dia lelaki . okay . jangan salah faham . korang pun mesti ada sahabat lelaki juga kan ? macam aku .

first impression kalau kau tengok mamat ni , mesti kau ingat dia ni budak nerd gila babi . haha sorry termencarut pula . kau nampak dia biasa je . sebab dia nampak suci . and yes , DIA MEMANG SUCI . ini adalah satu pujian . aku tak pernah terfikir akan berkawan baik gila dengan dia . waktu form 1 , dia senyap je . tak macam lelaki yang lain .dia bukan jenis otak kotor ( i guess) . itu aku respect pasal dia nie . atas kepala jarang tinggalkan songkok dia . hoho . muka datang awal ke surau ( ehek .. kantoi usha,mengong aku nie) . start form 2 , kenal-kenal biasa jer . sebab waktu tu , dia saxophonist , aku clarinetist . tempat kitorang tak silap aku sebelah-sebelah je dengan dia ni . tapi , still segan-segan nak borak lagi . lagipun , ada gaps nak bezakan saxes and clarinetist punya tempat duduk . lol . waktu tu , dia selalu dapat pujian dari semua orang . and yeah , aku akui aku cemburu dengan dia . walaupun dia hanya seorang lelaki . lol . haha .

bila dia dah mula memegang oboe , waktu tu . aku jadi rapat sangat dengan dia . aku dapat rasakan chemistry between us . aku tak tahu mana wujud pertalian chemistry tu . tapi , ianya menakjubkan . sebab wujud dalam tempoh yang singkat. dalam masa lebih kurang setahun . lagipun kali ni , aku duduk betul-betul sebelah dia . jadi senang sikit communication tu . and satu chemistry yang best adalah , dia bawa virus Frozen dia sampai ke aku . lol . punya fanatik dia dengan cerita frozen sampai kitorang buat persembahan dengan dua orang members kitorang lagu Frozen yang digubah sendiri oleh dia nie.hebat punya manusia dia ni . ingat lagi , dia sanggup gubah lagu untuk 4 jenis alat muzik ; clarinet,oboe,saxophone dan flute. Wind Quartet . haha . tu nama first grup kitorang . aku rindu waktu tu . sebab time tu , aku rasa semua orang tolong aku . yelah,dalam grup tu , aku sorang je perempuan.kena berdepan dgn problem cikgu.sampai nangis aku sebab dengarnya persembahan tak jadi sebab aku perempuan dalam grup tu.sedih woi ! dan Alhamdulillah,berkat pertolongan beberapa orang , aku dapat jugak buat persembahan . haha . it was the worst and best day ever ekceli . ahha <3

aku selesa kongsi masalah dengan dia . selalu dia jadi orang tengah kalau aku nak suruh kirim salam dekat..... haha . dekat sesapa jelah . lol .sometimes , he just a music teacher to me . tapi kekadang , aku lupa gak apa dia cakap . huhu . maaf yea ~

tapi aku ingat , bila first time , dia kata dia kena pindah . aku terus , kaku . diam . blur . dan menangis . depan dia . tanpa segan silu aku pamerkan air mata depan seorang lelaki . murahnya air mata aku waktu tu .lantak pi lah . bukan kesalahan pun kalau aku nangis disebabkan sahabat aku . dalam fikiran aku cuma , ' kenapa secepat ini ?' . dan mood aku hilang .

nasib sempat buat persembahan terakhir dengan dia , cuma , aku tak duduk sebelah dia waktu hari terakhir tu , itu yang aku kesal sebenarnya . sebab posisi aku dah berubah . haha . turun pangkat =='.
dan hari terakhir tu , i cant stop crying . continued crying like a kid . thinking tht was the last day before he left the school . sampaikan aku ingat lagi kereta dia tinggalkan maktab . aku tengok . dan aku tengok muka Rais waktu tu.sedih . aku rasa apa yang dia rasa.. tapi at least , dia boleh spent time lebih dekat dorm . hoho .

waktu last day tu , aku sanggup tunggu dia dekat kafe.sempatlah jugak aku gi jogging , main squash semata-mata taknak buang masa dengan menagis.lol..tiba-tiba je , aku nampak dia keluar dri aspura dengan membawa ... TOILETRIES SAHAJA .. 'mana yang lain?kau nak pindah takkan kau bawak toiletries shj?abis tu , baju-ll kau takkan buat bundle kot?'.itulah persoalan aku . haha . subhanallah . rupanya ada satu batalion bdk lelaki follow dari belakang . everyone bawak barang dia walaupun satu barang . tu lawak ok ? katanya nak bagi pertolongan terakhir . haha

untuk sahabatku , Rafiqi Akmal . aku hadiahkan entri yang tak seberapa ini buat kau . jagalah diri kau di Boston sana . muga benteng iman kau sentiasa kukuh dan tidak terpesong . itu sahaja . ^^

                                                                                                                                                                                               


-sahabat yang merindui-

ni gambar yang sangat tak berapa nak candid sebab ada orang pecahkan belon depan kami waktu tu . lol




Friday, July 4, 2014

aku tumpang gembira XD

assalamualaikum...

i was too bored . kerja sejarah pun , aku dah naik loya tengok . urgghh.. i was thinking about a person that i really love . i only have this person as my really true friend . only this person know who am i and what i want . she's a good and kind and pretty and intelligent and the most gorgeous lady i ever met . Dulu , aku tak pernah sayang dia sampaikan aku rasa tak sanggup kehilangan dia . dan aku bertuah sangat sangat sebab aku jumpa dia .

but now , she's taken by someone that love her so much . i know . dulu , aku takut nak lepaskan dia . tapi bila aku tengok si orang bertuah tu memang boleh jaga dia ni macam apak jaga kitorang , aku rasa dah tiba masanya aku kena lepaskan dia . dan aku rasa bertuah dia jumpa orang yang sangat penyayang dan caring dan gentleman . just like our father . and yes , both of us memang cari orang macam bapak kami . sebab apak  lelaki terbaik yang kami ada . apak memang sayang anak-anak perempuan dia . apak memang marah kalau kitorang buat hal . tapi kakak kata , "untunglah ayie lahir zaman apak dah lepas peringkat nak marah-marah anak".i have to admit it . nak dibandingkan zaman akak remaja dengan aku remaja memang jauh beza . aku tak pernah kena rotan seteruk akak . aku tak pernah kena marah seteruk akak . bukan sebab apak sayang aku lebih , tapi sebab apak memang betul-betul dah matang menjadi seorang gentleman.

jarak aku dengan akak aku 9 tahun . jauh . aku pernah rasa aku ni anak tunggal sebab time aku sekolah rendah , kakak n along dekat asrama . dan aku memang tak rapat dengan siblings . mybe expectation dorang aku ni pengacau kot . hahaha . but it was a long time a go . until i was entering secondary school . sejak tu aku rapat dengan akak n along . dan sejak tu lah , aku berani share cerita dengan kakak . pemikiran kami sama . kalau dulu , aku jenis pemendam . dan rupanya , akak aku pun sama . tak tau nak share dekat sapa . share dekat mak , pemikiran lain . at least dengan kakak , pemikiran kami tak jauh mana . mungkin thts why aku selesa berstory dengan dia .

mak apak pun suka dengan pilihan dia , dan aku jugak suka . tahniah untuk si penawan hati Siti Hajar ! dorang pun dah nak bertunang , inshaAllah bulan 9 . tunggu si along sorang entah bila . huhu . tapi masalahnye sekarang , rumah aku ni macam nak menyambut menantu . baru nak tunang , persiapan macam kawen! hahaha .hiasan dalaman rumah semua dah disiapkan oleh mak . mmg tak payah wedding planner lah jawapnye, huhu . baguslah mak apak excited . semua kerja jadi senang . dan mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan ! aku tumpang bahgia !XD

*p/s ; agaknye zaman aku nnt cenggini tak eh? haha . (berangan jap)

PT3.

assalamualaikum..

this is my first update for this month, i think . okay . guys , sekarang da start paper sejarah untuk pt3 yang akan berlansung selama 2 minggu . lebih kurang kerja krusus smething about Perpaduan Kaum di Malaysia.huh . serious talk , aku tak rasa mood nak exam sebelum ni . and mood tu baru datang time ramadhan (nampak sangat kuat pengaruh setan-setan yang direjam) . Alhamdulillah . mood tu dah ada sekarang . and now , i feel sangat-sangat bersemangat ! ahaha . Ya Allah , janganlah kau hilangkan mood aku nak exam ! amin !

bercakap tentang pt3 , sebenarnye memberikan banyak impak . dan sangat DRASTIK . im the first batch to be test or examine . teachers also . but actually im kinda disappointed dengan cara orang-orang atasan menguruskan kami . bukan apa . kenapa time kami orang dah nak dkat exam , baru sibuk nak ubah-ubah format kertas soalan . at least , tahun lepas lagi da settle senua benda ni . at least , pelajar dah bersedia . cikgu bersedia nak hadapi . tapi bila dah jadi macam ni , memang aku sendiri tak rasa nak exam besar atau lebih tepat TAK BERSEDIA.

perubahan soalan yang sungguh drastik . contoh macam soalan kh yang mana sebelum ni semua objektif bertukar kepada soalan struktur dan subjektif . dari segi ni , aku puji bentuk soalan pt3 yang membentangkan soalan-soalan aras tinggi (KBAT) . soalan-soalan seperti ini yang dapat mengubah cara pemikiran anak-anak remaja sekarang . kami semua pandai , tapi ilmu yang kami ada tu kami tak gunakan sebaikya . kami hebat . tapi kami memerlukan bimbingan orang dewasa . dari sudut pandangan aku sendiri sebagai seorang pelajar dan remaja , mungkin ini kali pertama soalan dibuat direct HOTS , jadi agak sukar bagi kami yang selama ni berdepan dengan soalan bukan HOTS . memang manyak pakai otak meh ! kena kerja keras .

tahun banyak benda berat . banyak cabaran . memang serius aku rasa sangat-sangat pressure untuk  tahun ni . akademik , WO , kawan , sekolah , life style aku kena banyak ubah . belum masuk urusan aku dengan Allah . aku percaya , aku boleh buat semua ni . sebab Allah takkan bagi sesuatu ujian jika hambanya tak mampu . aku cuba untuk berpegang kukuh kepada words tu . iman aku rapuh lagi .aku berazam , ramadhan kali ni bagi aku memori yang paling bahagia ! dan ini adalah ramadhan paling terbaik ! inshaAllah

*p/s; doakan kejayaan kami dalam pertandingan Singapore International Band Festival pada 21 Julai ini ! ^^

Monday, May 26, 2014

bukankah kita diciptakan untuk mati ?

assalamualaikum...

aku tak tahu kenapa aku pilih tajuk tu sebagai entri kali ni . hahaha . dah lama aku tak post entri . yelah , balik pun jarang-jarang . so , jarang-jaranglah aku update . hee sory

muhasabah diri sekejap .

kita memang diciptakan untuk mati. tak percaya ? banyak bukti ok ? setiap yang hidup , pasti akan mati :) . tak ade sesiapa yang dapat menidakkan kekuasaan Allah SWT . Tapi , muhasabah amalan kita pula . cukupkah amalan kita nak hadapi mati ? berapa banyak beza amalan baik dan buruk kita ? kalau cukup banyak nak beratkan amalan baik kita , takpe jugak . tapi kita sendiri tak tahu bukan . Subhanallah . Allahuakhbar . Allah sembunyikan berat amalan kita , sebab dia nak hambanya berusaha nak dapat pahala . lagi besar , lagi bagus . betul tak ? ^^

aku pun , banyak nak kena perbaiki . aku ni ibarat rumah yang banyak lubang . bila banyak lubang , senanglah air hujan masuk dalam rumah . senanglah binatang nak masuk dalam rumah dan musnahkan isi dalam rumah aku . macam mana aku nak baikinya adalah dengan berubah . semakin aku cuba mendekati jalan yang benar , semakin banyak lubang yang dapat aku baiki . sedikit sahaja kaki aku menapak ke jalan yang salah , satu lubang baru muncul .

so guys , para mujahid dan mujahidin sekarang , bila orang tegur ke arah kebaikan , ikutilah , kerana ia boleh bawa anda ke syurga yang begitu indah . ingatan untuk diri sendiri juga :)

Tuesday, March 25, 2014

MH370 . ALLAH,PLEASE SAVE THEM





assalamualaikum ..


now everybody felt sad with MH370 . not only the Malaysian but all people in the world . kehilangan pesawat ini merupakan kehilangan yang paling misteri dan lama . bila dengar je pasal Mh370 , semua ternanti-nanti khabar terbaru dengan harapan dapat memberi satu sinar baru . tapi sampai sekarang hanya berbuktikan bukti yang x jelas sahaja . when i knew about this , i fikir 'beberapa jam lagi jumpa lah tu' . dan aku salah . rupa-rupanya perkara ni bukan perkara mudah .

sama sekali bukan mainan .

sebab kehilangan ni melibatkan nyawa yang banyak . ada baby dalam pesawat . mh370 hilang since 8 Mac which is dah hampir 3 minggu . macam2 spekulasi yang timbul . first2 ada berita mengatakan yang kemungkinan kapten zaharie membuat air-turn back berdasarkan radar terakhir yang diterima . masa tu aku fikir , kenapa nak buat 'turn-back' ? but i dont believe that dorang sume dah mati . then , dengar pulak berlaku rampasan oleh pihak2 tertentu . tempoh 3 minggu ni jugak , satelit ada jumpa satu objek berukuran 22 meter dekat laut yang kemungkinan ada kaitan dengan pesawat tersebut . dan malam semalam , perdana menteri mengesahkan yang mh370 terhempas di selatan lautan hindi berdasarkan radar terakhir yang direkodkan oleh satelit .



lautan hindi

kedalaman-lautan-hindi-wanista



ini bukan perkara mudah . menara tertinggi di dunia pun tak boleh nak tandingi kedalaman lautan hindi .



kalau kita sedar , walau secanggih mana pun teknologi dan kaedah sains yang digunakan , namun masih lagi tiada apa yang boleh membawa berita sebenar tentang mh370 . kun fayakun . bila Allah berkehendak keatas sesuatu , maka terjadilah perkara yang Allah kehendaki .



Sejujurnya , aku masih percaya yang mereka masih hidup selagi tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan mh370 terhempas . walaupun dah disahkan , tapi tak bermakna kita kena stop doa dan usaha untuk mencari mereka .



Ya Allah ,

jika mereka di lautan ,

maka timbulkanlah ,



jika di udara ,

maka turunkanlah mereka,



jika berada di daratan ,

maka tunjukkanlah keberadaan mereka .



jika kehilangan ini adalah disebabkan dosa2 kami,

maka ampunkanlah kami Ya Allah !



kembalikan mereka kepangkuan keluarga mereka

dalam keadaan yang baik,selamat dan bernyawa..



Amin Ya Rabbal Alamin..


Tuesday, November 26, 2013

tanpa MEREKA

assalamualaikum

sebenarnya tangan 10 jari ni memang dah tak larat nak menaip . tapi hati ni meronta-ronta nak menulis . haha . well bukan senang nak suruh jari ni rajin menulis . okay . stop sampai di situ .
kenapa aku bagi tajuk 'tanpa MEREKA' .? siapa mereka tu ?  haha . mereka ni yang banyak bantu aku dalam life . dari aku lahir , sampai sekarang ni . siapa lagi kalau bukan my Family ~ huhu . lemme introduce my biggest BACKBONE ever (bak kata kakak aku lah )
haa..ni muka sume muka stress sebeno-benonye . stuck in the crazy jam . bayangkan selama 5 jam dok tersekat dalam jam . fuhh...giloshh . haha . ni time raya ketiga 2013 . famili aku x ramai . aku anak last . abang aku@along dan akak @ ajan . xmau la ramai-ll . aku x larat nak menjaga.mwhaha

ini YB  Md Rajab Hasanon . ni guwa punya bapak .haha . saja je letak 'yb' tu . sebab  mana-mana dia pegi orang kenal . ada pulok tu panggil dia yb . haha . ni yb selalu akan cari aku bila balik kerja . memang aku da siap bukak kaki nak cari cara menyembunyikan diri . kalau tak abes pipi aku jadi mangsa janggut tajam dia . haha . well . i love him :*

haaa...ni mem besar dekat rumah guwa . ini mem besar Puan Nafsiah Kardi yang jaga guwa dari kecik . memang guwa nakal dekat rumah . ni orang yang selalu marah kalau guwa salah buat keja . ni puan yang selalu marah kalau aku bangun lmbat . tapi guwa suka masakan dia . dia tau apa yang terbaik untuk anak-anak dia . love you too mak  :)

mau kenal ? ini along guwa ! dia sorang je abang yang aku ada . Adham Md Rajab . haha .dia teman aku bergusti . mak kata perangai aku 2 kali 5 je dengan along . sama-sama nakal . memang pun . haha . yang nakal2 sume ikut along aku punya pasal la . kalau takde kredit . dia orang pertama aku cari .heh . setiap kali dia balek dia bagi 'ongkos' atau erti kata lain duit belanja(lah sgt) . aku mintak bukan apa . aku mintak sebab aku nak bagi dia x lupa dekat adik dia ni yang comel dan nakal . peace yaw along ! sarangheyo !

and this girl . Siti Hajar Md Rajab . ni je sorang kakak yang aku ada . aku xde yang lain . muka kitorang memang nak dah macam kembar . sebab spectacles kitorang sama besar kut . haha . sedangkan umor jarak 9 tahun . mwhaha . papehal nak share . aku share dengan dia dulu . nak cite kt mak aku . takut jadi benda lain pula . nak selamat , aku cite kt dia . kinda memendam (yang ni aku konferm genetik mak terlebih dekat dia) . kalau aku n along terlebih gen apak kut . haha .tapi kekurangan tu yang melengkapkan.. wo ai ni Ajan :)



 time kichi-kichi dulu . haa . nilah muka budak-budak guwa dgn yang lain . yang botak tu kompem abang gua(macam anak cina mana tah) .yang tengah tu kakak guwa . dia x bnyk ragam mcm org sebelah yg pegang botol tu . haha .budak hujung tu cenggitu sebab x dapat kamera . yelah . aku ni jakun sikit . dapat barang je dekat aku . innalillah .


thanks mak,apak . for all your love tu us . :)


Sunday, November 24, 2013

saya rindu masa itu

assalamualaikum wahai teman teman (skema habis)

malam yang terang,kini sudah gelap . aku penulisnya dan kau penbacanya..haha..ok merepek .

tengah mata dok sedap layan novel tadi , tetiba pulak teringat time kem yang bru beberapa minggu lepas berakhir . tapi rasa macam baru lepas semalam je aku menangis time abg hafis keluar . (ERKkk) . macam baru semalam je makan sedap dekat garden seafood.rasa macam baru semalam je gelak malam2 dengan kak eymn n kak dodol dekat dorm.buat bising dekat dorm.mwhaha..padahal ada form5 dlm tu.hihi. tapi kira kem kali ni kira aq still boleh bernafas jugak lah . sebab tiada dia . kalau tak , mesti aku rasa macam mana aku rasa time satu kem lain tu . huh . usah diungkit siapa dia :)
sorry guys . gambar blur . tapi still korang boleh nampak happiness dekat muka masing-masing.well..they are our guiders . and . oh hey ! ada jugak abang Udin n abg Fizi di situ datang membantu . hehe thanks korang . guiders sume ni dari UPSI . starting from abg Izzat si baju turqoise,abg Hafis,abg Sam,Abg Syafiq and abg Hairi .ada lagi sorang si abg Firas si hensemboy.takdak pulok di situ.hehe..thnks jugak untuk korang :D

ini si Daniel yang merupakan ketua seksyen aku sekarang menggantikan Akashah . aq rasa dia ni lagi garang dari Kasha . mane taknye . gara-gara x simpan alat time tengahari didenda PUSH UP 10 dekat dorm . sapa tak buat dikira berdosa tau ! fuh.. tapi dia ni comel kay ? haha

so, this is Abg Hafis and Abg Firas . depa ni sekutu . haha..sekutu mengutuk . hekhek :P

before and after kena simbah time petang-petang . lepas je penat mencari belon keliling lab sekolah.. elok je amik gamba tanpa syak wasangka lansung . and one..two.. splasshh ! haha..thnks cameraman . aku lansuung x nampak da muka aku time after tu .haha..

muka sume kena water colour , tepung , tepung+telur , lecak . macam2 lah. time ni kak eymn geng dengan aku.kesian kak dodol.selalu terpisah.hoho..xpe..kita masih satu seksyen.huhu

annual dinnerr..wohooo !

ehh kembar ? kenapa awak tinggi sangat ha sekarang ? kita kan kembar lain mak ayah .sepatutnya kita sama tinggi.haha..this is Rais Hamizan . sebenarnye bukan kembar apa pun .  sebab kitorang lahir sama tarikh . dia pun x kisah . hee


thanks for everything . thanks for the moments . thanks for the life . <3

Sunday, December 30, 2012

welcome 2013.bye 2012 sweet memories~

Assalamualaikum..
aku tulis entri ni sebelum beberapa jam nak ke Perak..hahaha..awalnye aku ke sana..bukan apa..takut terkejar2 nanti..huhu..esok pendaftaran pukul 8.30 cmtulah..haha..weso kenalah get ready semuanya..barang pun da siap masuk kereta..tinggal nak prepare je..

aku rasa sebak nak tinggalkan rumah..aku nak nangis..tapi aku taknak sesiapa nampak..aku taknak tunjuk yang aku lemah..haha..nantilah...tunggu masa sesuai..wuwuwuwu~aku rasa macam something yang tak kena..aku takde mood langsung sebenarnya..entahlah..berat je langkah kaki ni..i cant talk right now..selalu aku pikir kenapa aku mntak jauh2..aku rasa menyesal kadang2..urghhh...susah nk cakap mcam mana..mak suruh aku buat betul2 nnti form 3 pndah..huh...aku tak tau.....ntah la..aku tak tau nk cakap apa lagi..tpi aku nk mntk  maaf dkt semua sepanjang aku kenal semuanya..tapi aku tak brani nak cakap depan2..aku takde kuasa nk ucapkan perkataan tu...sebab bila aku ucapkan..aku sedih...hmm..hrp 2013 ni jadi lebih baik untuk aku .. aku harap aku tak dibenci,aku harap aku boleh diterima oleh semua orang...klah..tunggu entri seterusnya ya! ^^

Friday, December 28, 2012

Childish[ABM story3]

Hmmm..Hai semua ! hari nih nak story ABM lagi boleh?haha.. sukahatilah..Blog ini sya punya..apa saya nak buat saya punya hal..ahaha...

kayh..macam biasa .. hari ni jalan2 berdua je dengan cik Dila..cik Akma pi Melaka,cim Syida plk xnak pegi..Cik Maira xde kat rumah..haha..so jalan 2 macam biasa..jalan punya jalan terjumpa pulak cikgu waktu sekolah rendah..Cikgu Ijat..makin comel cikgu..Maklumlah..anak dah 2..comel macam mummy nye lagi..huhu..rindu kut kat cikgu ijat..dapat lah jugak borak kejap dengan dia..rumah cikgu tu sederet dengan rumah ABM..tapi jauh sikit..haha~

and kitorang teruskan perjalanan smbil borak2..tapi ada something yang agak mengganggu perbualan aku..kira-kira 5 meter dari aku,ada seorang mamat nih pakai topi n ber bag sag tengah dok atas basikal budak kecik(jap...kenapa budak kecik?) smbil pegang handfon dia uh..dan otak aku 'ish2..childish betul budak tuh'..tapi....bila aku pndang lama2..alamak?ABM..mcm mana nih?nak bagitau Dila..parah pulak nnti..so aku decided x bagitau dan buat muka selamba and Dila cakap dgn nada perlahan" weyh ,ABM tu lah weyh.."..yeah..tu yang aku nak cakap sebenarnya..and aku just buat ignored .sdgkn aku nk sgt tgk dia..tapi adat manusia ..MALU..haha

bila dah jalan tu..sampailah dekat area kedai..aku dengar macam ada kereta nak lalu so aku toleh belakang smbil tarik Dila ke tepi..tapi..whtt??Avanza??Hitam..??whoppsss..aku terus pndang depan dan tunduk -,-..kereta tu lalu sebelah kitorang dan aku msih tunduk smpai Dila kata yang ABM jengah dari tingkap pndang kami berdua..arghh!rugi pulak x angkt muka wktu tu..bila kereta tu da smpai simpang baru aku angkt muka dan tengok kereta tu smpai x perasan aku pndg mata dia!!haha..tersentak aku..rasa macam nak hentikan ke waktu tuh..alahaaii~klah..tunggu cerita selanjutnya pulak.,*excited thp gaban* :D

2020 Recap

 Assalamualaikum wbt everyone.. Its 366th page of 366, 2020. I never do this before..recapping my entire year in one single post.  I should ...